Sejumlah 30 juta warga Myanmar akan menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum hari ini, satu proses yang disifatkan langkah signifikan ke arah demokrasi.
Pilihan raya ini adalah pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun, selepas pemerintahan junta sejak berdekad lamanya.
Parti pemerintah, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang ditunjangi junta, antara parti utama yang bertanding, selain parti pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung Sang Suu Kyi, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Pilihan raya menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 90 parti bertanding merebut 664 kerusi parlimen.
25 peratus daripada kerusi berkenaan bagaimanapun dikhususkan kepada wakil junta.
NLD dijangka menerima undian tinggi, biarpun Suu Kyi disekat daripada menjadi Presiden.
Myanmar diperintah junta selama 50 tahun sehingga 2011, apabila ia melakukan peralihan kepada kerajaan awam.
NLD pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990, namun keputusan itu dinafikan junta.
Presiden Thein Sein pada Jumaat menyatakan kesediaan untuk menerima penubuhan kerajaan baru, berdasarkan keputusan pilihan raya kali ini.
Keputusan penuh pilihan raya dijangka diumum pada Isnin.
[ALBUM] Suasana sekitar pilihan raya umum Myanmar
Agensi
Sun Nov 08 2015
Pilihan raya ini adalah pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun, selepas pemerintahan junta sejak berdekad lamanya.
Kamera AwAS akan ditambah baik, kelajuan ambil kira jarak dan masa perjalanan - Loke
Ia membolehkan pemantauan kelajuan kenderaan dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.
Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Jahaberdeem Mohamed Yunoos berkongsi pandangan mengenai kebenaran diberi Mahkamah Rayuan untuk semakan kehakiman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum.
Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Keputusan Mahkamah bukti ada pihak sengaja sembunyi titah adendum
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa, keputusan mahkamah rayuan bukti ada pihak secara sengaja sembunyi titah adendum.
Tempoh tahanan reman remaja tikam ibu saudara disambung
Tempoh tahanan reman terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menikam ibu saudaranya dalam kejadian di Flat di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang Jumaat lalu, disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan.
Perancangan kehamilan tanggungjawab bersama, bukan wanita sahaja - Pakar
Tanggungjawab merancang keluarga tidak wajar hanya diletakkan di bahu wanita, sebaliknya ia seharusnya menjadi tanggungjawab bersama.
Perbicaraan warga Israel ditangguh, jurubahasa diperlukan
Perbicaraan melibatkan seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom ditangguhkan pada Selasa akibat ketiadaan jurubahasa Hebrew.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan penangguhan itu selepas peguam tertuduh, Datuk Naran Singh, memohon agar jurubahasa Hebrew disediakan untuk menterjemah keterangan saksi pendakwaan.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan penangguhan itu selepas peguam tertuduh, Datuk Naran Singh, memohon agar jurubahasa Hebrew disediakan untuk menterjemah keterangan saksi pendakwaan.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengarah, penerbit filem Mentega Terbang
Peguam mewakili pengarah filem itu berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.
Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini - Fahmi
Insiden itu merupakan kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lepas.
30 juta pengundi Myanmar tunai tanggungjawab pilih kerajaan
Sejumlah 30 juta warga Myanmar akan menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum hari ini, satu proses yang disifatkan langkah signifikan ke arah demokrasi.