NANCHANG: Tiga orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam letupan sebuah garaj di Wilayah Jiangxi timur China pada petang Jumaat, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menurut biro pengurusan kecemasan Daerah Shangli, letupan itu berlaku kira-kira 7 malam di garaj tepi jalan di bandar Jinshan, menyebabkan sebuah bangunan kediaman runtuh.

Kesemua yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan operasi menyelamat telah ditamatkan.

Punca kejadian sedang disiasat.

--BERNAMA-XINHUA