INDIANA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di Greenwood Park Mall di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada Ahad.

"Terdapat beberapa mangsa dalam kejadian ini. Tiada ancaman berterusan diketahui setakat ini.

"Pelbagai agensi sedang memantau pusat beli-belah tersebut," kata Polis Metropolitan Indianapolis (IMPD) di Twitter.


IMPD berkata ramai mangsa sedang dirawat di hospital.

Pengunjung yang berada di dalam pusat beli-belah itu berkata mereka terdengar sekitar 20 tembakan dilepaskan.

IMPD dalam pada itu mengesahkan tembakan hanya dilepaskan di kawasan medan selera.

Polis memaklumkan suspek telah terbunuh, namun tidak dapat dipastikan sama ada penembak termasuk dalam dua kematian yang dilaporkan.