KUALA LUMPUR: Goldman Sachs Group Inc telah mengambil langkah luar biasa dengan menyaman Kerajaan Malaysia di sebuah mahkamah di United Kingdom, susulan perselisihan faham mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya, berhubung penyelesaian skandal 1MDB.
Agensi berita Reuters pada Khamis melaporkan jurucakap bank tersebut sebagai berkata, mereka telah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada Rabu, terhadap Kerajaan Malaysia.
Jurucakap tersebut berkata langkah itu diambil kerana Kerajaan Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian mereka, dan untuk mendapatkan semula aset berkaitan.
Dana pelaburan 1MDB menjadi pusat skandal berjumlah berbilion dolar, yang telah menyebabkan siasatan dilakukan di beberapa benua.
Selepas berbulan membatalkan perjanjian asal pada 2020, Goldman Sachs mengakui peranannya dalam kes rasuah terbesar dalam sejarah penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), dan mencapai perjanjian penyelesaian melebihi AS$5 bilion untuk 1MDB.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs telah membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion pada September tahun tersebut, selain menjamin pemulangan aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di beberapa negara berjumlah AS$1.4 bilion.
Langkah tersebut sebagai timbal balas terhadap persetujuan Malaysia untuk menggugurkan tuduhan pendakwaan terhadap firma tersebut, selain tidak memfailkan permohonan pendakwaan yang Baharu.
Goldman Sachs juga perlu melakukan pembayaran interim berjumlah AS$250 juta jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya aset bernilai AS$500 juta menjelang Ogos 2022.
Sejak itu Goldman Sachs berkata dalam pemfailan timbang tara tersebut, kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan selanjutnya.
Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengugut untuk menyaman Goldman Sachs jika bank itu tidak membuat rundingan semula untuk mencapai penyelesaian baharu.
Astro Awani
Thu Oct 12 2023
Jurucakapnya berkata langkah itu diambil kerana Kerajaan Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian mereka. - Foto fail/REUTERS
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.