Insiden tembakan di kompleks tentera laut di Washington membunuh 13 orang termasuk penyerang.
Pihak berkuasa mengenal pasti identiti penyerang sebagai Aaron Alexis, berusia 34 tahun berasal dari Texas yang memiliki rekod jenayah.
Suspek memasuki kompleks berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.
Alexis adalah bekas pekerja di kompleks berkenaan dan pihak berkuasa mengandaikan serangan itu ada kaitan dengan masalah kerja tetapi siasatan tetap dibuat dari pelbagai aspek termasuk keganasan.
Ketua polis washington DC, Cathy Lanier berkata, susulan serangan itu, kawalan keselamatan Capitol dan White House diperketat.
Polis masih memburu dua lagi suspek yang memakai pakaian seragam ala tentera.
Pihak berkuasa yakin serangan tidak dilancarkan secara berseorangan selepas mendengar keterangan saksi.
Salah seorang saksi memberitahu, penyerang menembak ke arah kafetaria manakala seorang lagi menembak ke arah orang ramai di salah satu tingkat lain.
Serangan itu menyebabkan pekerja di kompleks tentera laut lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri.
Pusat kawalan sistem tentera laut itu mempunyai tiga ribu pekerja dengan majoritinya adalah orang awam.
Dalam pada itu, president Barack Obama mahu pihak bertanggungjawab menyerang kompleks tentera laut dibawa ke muka pengadilan.
Obama menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengecut serta menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terkesan kerana serangan itu.
Astro Awani
Tue Sep 17 2013
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
13 mati ditembak di Washington
Insiden tembakan di kompleks tentera laut di Washington membunuh 13 orang termasuk penyerang.