Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan, menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataan di X.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara itu dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan atas kerjasama dan sokongan mereka.
"Perjanjian gencatan senjata ini menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk ramai kanak-kanak yang sangat memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa di luar Gaza," katanya.
"Kami berharap perjanjian ini akan dikekalkan kerana banyak nyawa bergantung kepadanya. Perdamaian adalah "ubat terbaik"!," kata Ghebreyesus.
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Rabu mengumumkan bahawa pengantara telah mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza dan pelaksanaannya akan bermula Ahad ini.
Pengumuman itu dibuat pada hari ke-467 genosid Israel di Gaza, yang telah meragut lebih 46,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA