Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas van yang sarat dengan penumpang merempuh sebuah trak yang diparkir di tepi lebuh raya di selatan Nepal pada awal Isnin.

Menurut pihak berkuasa, sejumlah 21 yang lain cedera dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Laporan awal menyebut, van berkenaan dipandu laju ketika melalui lebuh raya yang melewati hutan berhampiran perkampungan Rapti Sonari.

Kampung tersebut terletak kira-kira 400 kilometer di barat daya Kathmandu.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sejak perintah berkurung dilaksankan di Nepal Mac lalu, kenderaan yang ingin bergerak perlu memhon permit, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan van tersebut mempunyai permit atau tidak.