Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu berkaitan ekonomi, pelancongan, pendidikan, tenaga kerja dan teknologi ketenteraan adalah antara 10 perkara yang akan dibincangkan bersama para pemimpin India dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke negara ini.
Ahmad Zahid berkata lawatan sulung beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke India yang bermula pada Ahad, menzahirkan komitmen serta hubungan diplomatik yang akrab antara Malaysia dan India yang terjalin sejak 1957.
"Lawatan ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik kita, tetapi turut melibatkan hubungan kerajaan dengan kerajaan, perniagaan dengan perniagaan dan rakyat dengan rakyat kedua-dua negara. Dari segi diplomasi, ia menunjukkan betapa seriusnya kita untuk mewujudkan situasi menang-menang dalam kedua-dua cara.
"Kedua-dua negara akan turut merayakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun depan. Kebetulan pula, India akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India ke-25 tahun depan," katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut berkaitan pelancongan, Ahmad Zahid berkata memandangkan Malaysia menerima kedatangan lebih 700,000 pelancong India setahun, Malaysia akan mempermudahkan pelaksanaan dan proses permohonan menerusi sistem e-visa yang akan dilancarkan secara rasmi di sini semasa lawatan beliau sejak sistem itu diperkenalkan di Malaysia pada April lepas.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia memperkenalkan 'Electronic Travel Authorization Visa' (e-visa) bagi lawatan singkat ke Malaysia dan ia sah bagi perjalanan sehala dengan tempoh tinggal maksimum 30 hari di Malaysia bagi tujuan pelancongan.
Berhubung tenaga kerja, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan menerima permohonan daripada peserta industri untuk meningkatkan jumlah pekerja terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pengeluaran.
"Isu ini sensitif. Justeru, lebih baik untuk kita memperincikannya sebelum kita mencapai serta memuktamadkan sebarang keputusan," katanya, dan menambah, pada masa ini, terdapat 130,000 tenaga kerja India termasuk kalangan ekspatriat di Malaysia.
Menyentuh tentang sektor perdagangan, Ahmad Zahid berkata India adalah rakan dagang Malaysia ke-10 terbesar dengan jumlah pelaburan bernilai AS$1.77 bilion (RM5 bilion) melibatkan pelbagai bidang termasuk infrastruktur dan khidmat awam.
Bagi pendidikan pula, Ahmad Zahid berkata ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 5,000 pelajar perubatan dan pergigian Malaysia di India.
Dalam teknologi ketenteraan pula, beliau berkata India menjalin kerjasama dan penyertaan yang kukuh dalam bidang pertahanan dengan Malaysia menerusi siri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) serta Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA).
"Dalam lawatan ini, saya juga akan bertemu Menteri Industri Negeri Telengana yang ingin belajar daripada kita tentang kejayaan pembangunan yang dilaksanakan di Cyberjaya, Putrajaya dan bandar raya besar lain di Malaysia," katanya.
Lawatan sulung Ahmad Zahid ini dianggap penting dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama dua hala Malaysia-India dalam pelbagai bidang dan isu kepentingan bersama.
Timbalan perdana menteri dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Sri Lanka pada Khamis.
Bernama
Sun Jul 17 2016
Zahid disambut pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra ketika tiba di hotel penginapannya di New Delhi pada Ahad. - Foto Bernama
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Jumlah dana iklim dtetapkan sebanyak 300 bilion dolar A.S
Sebanyak 300 bilion dolar Amerika setahun ditetapkan sebagai dana iklim bagi membantu negara miskin tangani kesan perubahan iklim.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Pelajar antara tujuh maut, 33 cedera
Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di utara Peru.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
Filipina tingkat protokol keselamatan ke atas presiden
Agensi keselamatan Filipina mempertingkatkan protokol keselamatan ke atas Presiden Ferdinand Marcos Jr. selepas Naib Presiden, Sara Duterte dengan secara terbuka mengugut dan mengarahkan Presiden itu dibunuh jika beliau sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Lapan ditahan, tawar khidmat seks RM60
Polis menahan lapan individu termasuk enam wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Pudu, ibu negara.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia dalam final Kejohanan Badminton Masters China.
Lawatan PM ke Korea perkukuh jalinan menjelang ulang tahun hubungan diplomatik ke-65 – Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid berkata Malaysia-Korea dijangka akan menegaskan komitmen untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dalam sektor ekonomi dan jalinan antara rakyat.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.