Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memulakan hari pertamanya ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45 di sini, dengan mesej kepada pelabur bahawa Malaysia sudah bersedia menawarkan peluang-peluang perniagaan.
Pada kemunculan kali kedua sebagai Perdana Menteri pada pertemuan 'tokoh pemikir hebat' dunia ini, beliau menyampaikan mesej jelas bahawa walaupun wujud cabaran, Malaysia masih merupakan pusat kawasan pertumbuhan paling berpotensi di dunia, ASEAN.
Sebagai pengerusi ASEAN, sudah pasti tumpuan pada WEF terarah kepadanya untuk melihat kesungguhan, selain rangka kerja yang akan disediakan, terutama dalam meningkatkan tindakan bagi memastikan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjadi realiti.
Beliau akan bertemu 100 peserta, termasuk 55 pembuat keputusan, pegawai syarikat asing dan 39 peneraju utama korporat Malaysia selain pegawai kerajaan pada majlis makan tengah hari perniagaan tertutup anjuran bersama Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest KL.
Antara pemimpin korporat Malaysia yang hadir ialah Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes serta Pengerusi UEM Group Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.
Pemimpin syarikat global yang turut hadir termasuk dari General Electric, Barclays, Bata, Huawei, Lippo Group, Hyatt Hotel dan Ernst & Young.
Najib yang juga Menteri Kewangan dijangka menjelaskan kedudukan ekonomi semasa selain langkah-langkah yang diumumkan Selasa lepas bagi mengekalkan kestabilan ekonomi Malaysia dan aliran pelaburan asing ke dalam negara.
Pada tengah hari, Najib akan mengadakan rundingan dua hala selama 20 minit bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Panorama Hotel, lokasi WEF tahun ini dan bertemu Ketua Menteri Andhra Pradesh, Chandra Babu Naidu.
Najib juga akan bertemu lima syarikat asing, kemungkinan mengenai rundingan pelaburan bahari selain meluaskan pelaburan sedia ada di Malaysia.
Najib kemudiannya akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.
Bernama
Thu Jan 22 2015

Najib memulakan hari pertamanya ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45 dengan mesej bahawa Malaysia sudah bersedia menawarkan peluang perniagaan.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji untuk penjawat awam negeri
Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun
Dua beradik, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, cedera parah akibat letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang.

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

HKK 2025 ditangguhkan untuk penambahbaikan format penganjuran - Fahmi
Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2025 yang sepatutnya berlangsung pada Februari lepas, ditangguhkan berikutan terdapat beberapa penambahbaikan yang sedang dibuat.

Sudah tiba masa Shah Firdaus jadi sandaran nombor satu negara
Kementerian Belia dan Sukan percaya sudah tiba masanya jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi sandaran utama Malaysia untuk menyinar pada kejohanan antarabangsa akan datang.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang menyuarat FOMC
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila peniaga dan pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat FOMC AS.

Penahanan Duterte dan kesannya: ASEAN perlu kekal neutral
Phar menegaskan ASEAN harus berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan yang telah lama diamalkan.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Malaysia tuan rumah dua program anjuran IACA, SPRM Julai ini - Azalina
Malaysia akan menjadi tuan rumah program RSA anjuran bersama SPRM dan AoP IACA pada 11 hingga 14 Julai ini.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data IHPR AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan.