KUALA LUMPUR: Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, jenama kecantikan dan kesihatan, Watsons Malaysia (Watsons) melancarkan kempen Gaya Raya Luar Biasa bermula 5 April hingga 9 Mei ini.

Bertemakan futuristik yang menyeronokkan, kempen itu menyajikan pelbagai kelainan yang luar biasa serta menawarkan tawaran hadiah lumayan kepada para pelanggan.

Menariknya kali ini, Watsons turut hadir dengan filem Raya Gaya Luar Biasa yang menampilkan barisan artis popular, antaranya, Duta Watsons, Ayda Jebat, Datuk Jalaludin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Nabil Mahir, Jinnyboy dan DOLLA yang boleh ditonton di laman rasmi Facebook, Instagram dan Youtube Watsons bermula hari ini.

Karya kreatif tersebut dihasilkan dengan tujuan memberi semangat buat seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa mempercayai diri menempuhi pelbagai situasi.



Kejutan menarik buat pelanggan setia

Pengarah Urusan Watsons, Caryn Loh berkata, pastinya Hari Raya kali ini lebih bermakna untuk diraikan, lebih-lebih ketika negara menuju Fasa Peralihan ke Endemik.

“Tahun ini, sementara negara kita beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya yang luar biasa kepada semua rakyat Malaysia.

“Semoga ikatan kekeluargaan dapat dihidupkan semula di musim perayaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Nasional Raya Watsons 2022, di Equatorial Plaza (EQ) Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, tambah Caryn, Watsons turut mempersembahkan aktiviti luar biasa di Connexion Pavilion Kuala Lumpur kepada para pengunjung.

Mereka boleh menikmati permainan menyeronokkan dan berpeluang menang hadiah menarik selain memaparkan karya kreatif 3D gergasi, "Unik the Cat" sehingga 10 Mei ini.

“Selain itu, Raya tidak lengkap tanpa memberi semula kepada masyarakat. Watsons telah menyumbangkan barangan keperluan, vitamin, makanan barangan isi rumah dan banyak lagi bernilai RM120,000 kepada lebih 19 rumah anak yatim dan warga tua di bulan Ramadan ini.

“Kami berharap bantuan ini membawa senyuman ke wajah mereka dan menikmati perayaan Aidilfitri yang penuh berkat,” katanya.

Dapatkan diskaun, wang tunai dan hadiah lumayan

Ahli berpeluang mendapat layanan luar biasa dan menang hadiah bernilai sehingga RM3 juta. - Foto Watsons

Sementara itu, Pengarah Pelanggan Watsons, Danny Hoh berkata, pihaknya juga menawarkan diskaun pembelian produk di samping memberikan ahli peluang untuk memenangi hadiah luar biasa.

“Watsons menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di kedai dan secara dalam talian, manakala ahli akan mendapat layanan luar biasa untuk memenangi hadiah sehingga RM3 juta termasuk Perodua Myvi 1.3 G serba baharu, telefon pintar dan aksesori OPPO serta baucar Watsons membeli-belah yang boleh dilayari di https://www.watsons.com.my/ewallet.

“Pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 dengan pembelian RM100 dengan GrabPay serta baucar tambahan bernilai lebih RM260 dalam simpanan. Anda boleh lebih berjimat dengan melayari https://www.watsons.com.my/member-monthlyspecial.

Watsons Gaya Raya Luar Biasa menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi setiap pembelian di kedai dan secara dalam talian. - Foto Watsons.

Kata Danny lagi, Watsons turut memberi paket dan baucar Raya eksklusif bernilai RM5000 termasuk koleksi Raya Eksklusif dengan diskaun sehingga 50 peratus berserta periuk memasak seramik aluminium edisi terhad, porselin hidangan kaserol, pinggan porselin dua tingkat dan banyak lagi.

Di samping itu, Watsons juga menawarkan sampul raya percuma, diskaun penjagaan diri, wajah dan kesihatan termasuk koleksi Raya, iaitu deko dan hadiah yang pastinya membuatkan rumah anda berseri-seri menyambut Syawal nanti.

Jangan lepaskan promosi dan penjimatan ini, layari e-Katalog Watsons Raya di Watson 2022 April E-Katalog atau muat turun aplikasi Watsons di Apple Store, Google Play Store dan Huawei Store.

Gaya Raya Luar Biasa | Sambut Syawal 'Luar Biasa' Bersama Watsons