KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah penganjuran Akademi Usahawan Wanita (AWE) Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik yang dijadual pada Mac tahun depan.
Program dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA) itu dijangka menghimpunkan wanita dari 10 negara di rantau tersebut, bagi meraikan pencapaian dan berkongsi pengalaman dalam bidang keusahawanan.
Menurut Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill, sidang kemuncak tersebut memberi fokus kepada usaha membantu meningkatkan kewangan; membina rangkaian; serta mengembangkan perniagaan sama ada dalam talian atau fizikal.
"Salah satu komponen ialah bimbingan, dan semua usahawan akan mempunyai mentor.
"Kita akan menjemput peserta daripada 10 negara untuk datang ke Malaysia bagi berkongsi amalan terbaik mereka. Selain itu, ia akan berbincang mengenai bagaimana aktiviti eksport dan dagangan antara negara termasuk cabaran yang dihadapi usahawan wanita, dan cara mereka mengatasinya," katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun hadir melancarkan kohort ketiga AWE.
Sebanyak 70 usahawan wanita terpilih pada pusingan ini meliputi Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.
AWE, merupakan program yang dibangunkan oleh Jabatan Negara AS di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Global (W-GDP) yang dipimpin oleh White House.
Di Malaysia, wanita yang menyertai AWE akan menerima latihan tambahan daripada WENA, bersama mentor serta akses kepada kewangan untuk perniagaan mereka.
Sementara itu, Presiden WENA, Nuraizah Shamsul Bahrain berkata, menjelang sidang kemuncak tersebut, negara-negara yang terlibat akan mengadakan pertemuan secara dalam talian antara Januari hingga Februari.
WENA juga katanya percaya perlu ada keperluan segera untuk mengukuhkan semua perniagaan terutamanya dalam kalangan wanita selepas pandemik COVID-19.
"Negara-negara ini terdiri daripada Asia Pasifik Timur dan mereka semua bersama-sama menjayakan AWE.
"Seingat saya Papua New Guinea merupakan negara yang pertama kali terlibat pada tahun ini. Jadi, segelintir daripada kami sudah tahun ketiga, dan segelintir lagi baru terlibat," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Rina berkata kementeriannya akan terus bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan wanita yang memerlukan termasuk di luar bandar dan bandar.
Ujarnya, setakat ini seramai 17,586 wanita telah berjaya dikumpulkan dalam Program Keusahawanan Wanita Bangkit sejak ia diperkenalkan pada September tahun lalu.
"Jadi kalau di peringkat kementerian, kita ada program Wanita Bangkit, geran diberikan RM500. Ia geran yang kecil (amaun) tetapi untuk (membantu wanita) memulakan perniagaan.
"Jadi bila mereka dah berjaya kita ada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), kita bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Luar Bandar dan sebagainya untuk membantu wanita-wanita ini.
"Jadi ramai yang datang kepada kementerian untuk mereka mula... nak mula ini kadang-kadang (bukan senang) kerana ada dalam kalangan mereka terkesan dengan COVID-19, hilang pekerjaan dan tidak tahu nak buat apa. Untuk bangun, kita menyokong mereka dan membantu dari segi program Wanita Bangkit," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 09 2022

Dari kiri: Datuk Seri Rina Mohd Harun; Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill; dan Presiden WENA, Nuraizah Shamsul Bahrain dalam sidang media selepas melancarkan kohort ketiga AWE, hari ini. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Usahawan wanita: Malaysia jadi tuan rumah AWE Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik
AWE, merupakan program yang dibangunkan oleh Jabatan Negara AS di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Global (W-GDP) yang dipimpin oleh White House.