KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 didorong oleh hasil yang lebih tinggi.
Peningkatan pendapatan disumbangkan oleh kenaikan pendapatan lain dan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu serta usaha sama, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Keuntungan yang lebih tinggi daripada nilai saksama pelaburan dalam GMR Hyderabad International Airport Ltd yang dicatatkan pada tahun dalam tinjauan turut menyumbang peningkatan itu, kata MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Hasil melonjak sebanyak 57.2 peratus kepada RM4.91 bilion bagi tahun kewangan 2023, berbanding RM3.13 bilion, seiring dengan kenaikan pergerakan penumpang.
"Hasil daripada operasi lapangan terbang naik 60.6 peratus kepada RM4.60 bilion manakala segmen aeronautik meningkat kepada RM2.70 bilion.
"Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh pemulihan trafik penumpang, yang melonjak daripada 83.9 juta kepada 119.5 juta penumpang," katanya.
MAHB berkata operasi Malaysia mengalami peningkatan ketara dalam trafik penumpang, mencecah 81.9 juta penumpang berbanding 52.7 juta penumpang pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, operasi Malaysia terus menunjukkan pemulihan trafik penumpang, meningkat daripada 31.2 juta kepada 37.6 juta penumpang dalam tempoh yang sama.
"Perolehan segmen bukan aeronautik juga menyaksikan pertumbuhan, meningkat kepada RM1.89 bilion, terutamanya disebabkan sumbangan lebih baik hasil komersial daripada kedua-dua operasi Malaysia dan Turkiye," katanya.
MAHB mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 10.8 sen sesaham untuk tahun kewangan 2023.
Bagi suku keempat tahun kewangan 2023, keuntungan bersih MAHB susut kepada RM287.70 juta daripada RM359.14 juta disebabkan oleh pengurangan dalam yuran penggunaan.
Bagaimanapun, hasil bagi suku keempat tahun kewangan 2023 meningkat sebanyak 36.8 peratus kepada RM1.37 bilion daripada RM1 bilion sebelumnya, didorong oleh jumlah penumpang yang lebih tinggi hasil daripada pengembangan laluan syarikat penerbangan, penyambungan semula penerbangan Asia Utara dan pelancaran operasi syarikat penerbangan baharu pada suku semasa.
Melangkah ke hadapan, MAHB berkata prospeknya kekal menggalakkan, disokong oleh pertumbuhan trafik penumpang dan diperkukuh lagi oleh strategi berterusan kumpulan dalam meningkatkan ketersambungan syarikat penerbangan dan habnya, memberi nafas baharu kepada ruang komersial dan runcit, serta meningkatkan peluang luar terminal.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mohamed Rastam Shahrom berkata MAHB terus menerima permintaan yang memberangsangkan untuk perjalanan udara, dengan kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan terkini untuk 2024 menunjukkan peningkatan 13 peratus berbanding 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Peningkatan pendapatan Malaysia Airports disumbangkan oleh kenaikan pendapatan lain dan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu serta usaha sama.
[TERKINI] Keir Starmer dijangka menang majoriti besar
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri Britain seterusnya Parti Buruh dipimpin beliau dijangka memenangi dengan majoriti besar dalam pilihan raya Parlimen.
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM
Sementara baki 30 peratus kepentingan lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir bidas keputusan MAHB yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal
Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu salah pintu jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.
Kerajaan tiada cadangan bina lapangan terbang baharu di Sabah - Loke
Kerajaan Persekutuan tiada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Sabah setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d