Semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia kepada stabil sesungguhnya membuktikan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya gembira kerana Fitch, agensi penarafan antarabangsa, mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan menyemak naik unjuran kita kepada stabil," katanya dalam muat naik terkini dalam Facebook dan Twitter beliau.
Fitch Ratings mengesahkan penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang pada 'A-' dan IDR mata wang tempatan pada 'A'.
Penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia juga disahkan pada 'A'.
Unjuran ke atas IDR jangka panjang itu disemak menaik kepada stabil daripada negatif.
Dalam membuat penarafan ke atas Malaysia, Fitch berkata kewangan fiskal negara semakin meningkat sejak tahun lepas dengan defisit umum kerajaan susut daripada 4.6 peratus Keluaran Dalanm Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus bagi 2014.
Hutang kerajaan secara amnya juga menguncup daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.
Fitch berkata kemajuan yang direkodkan ke atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta reformasi subsidi bahan api, turut menyokong kewangan fiskal.
Defisit fiskal juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak masih rendah.
Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan yang kukuh turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.
Bernama
Wed Jul 01 2015
NAJIB: Saya gembira kerana Fitch, agensi penarafan antarabangsa, mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan menyemak naik unjuran kita kepada stabil. -Gambar fail
Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan bertemu rakyat
Raja Permaisuri Agong, Raja Zatih Sofiah berangkat tiba di Wilayah Persekutuan Labuan untuk lawatan dua hari bertemu rakyat.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Dua lagi kes mpox varian berpotensi maut disahkan di UK
Dua lagi kes mpox dengan varian yang berpotensi membawa maut dikesan di United Kingdom melibatkan indicidu kontak rapat kes pertama.
Lebih 1,500 cerun berisiko tinggi di seluruh negara
Kementerian Kerja Raya maklumkan, sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi.
Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya - PM Anwar
Oleh itu, kata Anwar, kepercayaan orang ramai sememangnya semakin terhakis apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.
Anwar saran syarikat perladangan tanam sayur, buah-buahan bagi tampung keperluan negara
Anwar berkata beliau sudah memberi arahan kepada syarikat seperti Sime Darby Bhd, FGV Holdings Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd untuk melaksanakan penanaman tanaman makanan seperti itu.
Rakyat Turki bantah dasar ekonomi kerajaan
Mereka yang berdemonstrasi melaungkan slogan dan menggesa Presiden Recep Tayyip Erdogan supaya meletak jawatan.
Anwar ajak orang Melayu fikir dasar selain DEB
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang Melayu dan Bumiputera membuka ruang dalam diri untuk memikirkan dan menerima dasar selain Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membangunkan ekonomi semua kaum.
Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura berkuat kuasa 1 Mei
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.
Pemimpin pembangkang dicabar kemuka dasar lebih baik daripada BN - Setiausaha Sabah
Setiausaha BN Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencabar pemimpin dan parti pembangkang di Sabah agar membentangkan dasar ekonomi, sosial, pendidikan dan keselamatan yang lebih baik.
Penarafan stabil Fitch redakan tekanan ke atas ringgit - Pakar ekonomi
Penarafan terbaharu oleh Fitch Ratings ke atas prospek ekonomi Malaysia mencetuskan sentimen positif dalam pasaran pertukaran asing tempatan.
Unjuran stabil oleh Fitch bukti pengurusan kewangan kerajaan yang baik - Najib
Fitch Ratings mengesahkan penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang pada 'A-' dan IDR mata wang tempatan pada 'A'.