Syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Bhd merancang untuk mempelbagaikan lagi perniagaannya bagi memastikan syarikat itu terus berdaya saing dan relevan pada masa depan.
Pengerusinya Datuk Jalaluddin Alias berkata, untuk itu, perniagaan lain yang dirancang akan berpaksikan kepada normal baharu bagi meningkatkan keyakinan masyarakat termasuk peniaga berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
"Walaupun perniagaan utama kami ialah hartanah dan terlibat dalam industri pembinaan dan industri hospitaliti yang turut terjejas kerana COVID-19, kita telah menjalankan beberapa perubahan dan pendekatan untuk menyesuaikan konsep perniagaan agar terus relevan."
Terdahulu, Jalaluddin yang dilantik sebagai pengerusi baharu UDA berkuat kuasa 13 Mei, meluangkan masa lebih dua jam untuk melawat operasi Angsana Seremban dan Ancasa Residences Port Dickson, di bawah seliaan UDA Holdings Bhd. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Salem Kailany.
Mengulas mengenai pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Dis, 2021 seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, Jalaluddin berkata ia dijangka merangsang kembali industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik itu.
"Kita nak bawa seramai mungkin pelancong domestik ini untuk menggunakan (produk dan perkhidmatan) industri tempatan.
"Saya fikir (insentif) itu akan mendatangkan kesan baik dan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat, apatah lagi bagi mereka yang sudah lama tidak melancong dan bercuti bersama keluarga, maka ini adalah peluang terbaik untuk digunakan secara maksimum oleh masyarakat," katanya.
UDA Holdings Bhd memiliki empat hotel iaitu di Pekan (Pahang), Kuala Lumpur, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kuala Terengganu (Terengganu) serta beberapa pusat beli-belah seperti Angsana Seremban, Angsana Kuala Lumpur, Angsana Ipoh Mall dan Angsana Johor Bahru Mall.
Pada Jumaat, Muhyiddin ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen berkata cukai pelancongan akan dikecualikan sepenuhnya mulai Julai ini sehingga 30 Jun tahun depan sebagai antara langkah mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan negara.
Selain itu, turut dinyatakan dalam pembentangan PENJANA ialah pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang akan dilanjutkan mulai 1 Sept ini sehingga 30 Jun tahun hadapan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata pihaknya telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membolehkan hotel-hotel di bawahnya untuk beroperasi secara maksimum.
"Ketika ini kami sedang menunggu untuk ia diluluskan. Ketika ini, perniagaan perhotelan amat terjejas dan semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, kami mengalami kerugian yang besar. Namun, penangguhan cukai seperti yang diumumkan Perdana Menteri memang membantu," katanya.
Beliau turut berharap kerajaan membenarkan pergerakan antara negeri bagi membantu merancakkan kembali industri pelancongan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020

Jalaluddin berkata, pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan melancong dalam negara dijangka merangsang kembali industri pelancongan negara yang terjejas akibat COVID-19. - Foto UDA Holdings

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.