KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan harga jualan purata (ASP) untuk kedua-dua sarung tangan getah nitril dan asli akan terus menurun kerana dinamik pasaran kekal lemah, kata Pengarah Urusan Lim Cheong Guan.
Beliau berkata ASP untuk sarung tangan nitril, khususnya, ia menyusut disebabkan situasi lebihan bekalan, mengakibatkan tekanan pasaran pada kedua-dua harga dan volum jualan, yang kedua-duanya menyaksikan aliran menurun.
Faktor yang mempengaruhi volum jualan, kedua-dua ASP dan volum lain adalah disebabkan terutamanya oleh aliran globalisasi yang berterusan dan ketidakpadanan permintaan dan bekalan sarung tangan serta pesanan yang lebih perlahan daripada pelanggan kerana tiada keperluan mendesak untuk mereka membuat pesanan yang besar.
"Oleh itu, kami menjangkakan penurunan selanjutnya dalam ASP, dan juga masa penghantaran untuk pengeluar adalah singkat disebabkan penggunaan (kapasiti) yang rendah dalam kalangan pengeluar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan syarikat untuk suku pertama berakhir 30 Nov 2022, hari ini.
Disebabkan oleh tekanan yang berterusan, Top Glove mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM168.24 juta pada suku pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos 2023 berbanding keuntungan bersih RM185.72 juta pada suku pertama 2022, apabila jumlah jualan berkurangan sekira-kira 48 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun, Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
"ASP untuk sarung tangan dijangka kembali normal dalam tempoh tiga hingga enam bulan," katanya.
Kumpulan itu juga menjangkakan untuk memperoleh beberapa faedah daripada trend penurunan harga bahan mentah; dengan harga lateks pekat asli purata menurun sebanyak tujuh peratus kepada RM4.73 sekilogram manakala harga lateks nitril telah menurun sebanyak 49 peratus tahun ke tahun kepada US$0.91 sekilogram (US$1=RM4.40).
"Top Glove mengekalkan prospek jangka panjang yang positif untuk industri sarung tangan apabila permintaan terus meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun, dirangsang oleh penggunaan sarung tangan yang lebih tinggi dan kesedaran kebersihan selepas pandemik.
"Kami beroperasi di tengah-tengah beberapa cabaran yang melanda industri sejak enam bulan lepas. Ini dijangkakan ketika kami melalui proses normalisasi sebelum pemulihan pada akhirnya," katanya.
Walaupun prospek jangka panjang untuk industri sarung tangan adalah positif, Top Glove menjangkakan persekitaran yang mencabar akan berterusan menjelang tahun 2023.
Lim berkata kumpulan itu sedar bahawa tempoh pelarasan dijangkakan berikutan pandemik global yang besar.
"Bagaimanapun, kami optimis bekalan dan permintaan sarung tangan akhirnya akan mengimbangi semula untuk lebih mewakili tahap penggunaan sebenar dan potensi sebenar industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Top Glove menjangkakan ASP untuk sarung tangan getah nitril dan asli akan terus menurun kerana dinamik pasaran kekal lemah. -Gambar fail
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
Top Glove sedia tangani lonjakan pesanan di AS susulan tarif import sarung tangan China
Ia susulan tindakan negara Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import sarung tangan getah China pada Januari 2025.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.62 mata atau 0.78 peratus kepada 1,611.94 daripada 1,624.56 ketika ditutup pada Isnin.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.