Tokoh-tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di Sidang Kemuncak Pemasaran Sedunia 2013 (WMS 2013) di Putrajaya International Convention Center (PICC) bermula hari ini.
Pengasasnya, Professor Dr. Philip Kotler walaubagaimanapun tidak dapat hadir bersama persidangan tersebut.
Isteri tokoh guru pemasaran terkemuka itu dikatakan sedang menjalani pembedahan pinggul dan beliau melihat keperluan untuk berada di sisi isterinya bagi memberikan sokongan.
Namun, beliau sempat merakamkan sebuah video ucapan yang dimainkan pada pembukaan persidangan WMS 2013.
Antara perkara yang diketengahkan beliau, persidangan ini dikatakan berbeza daripada persidangan lain yang diadakan kerana ia tertumpu di kawasan Asia dan yang paling penting, ia memberi perhatian kepada isu-isu sosial yang dihadapi di rantau ini dan juga bagaimana pemasaran boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Sementara itu, Pengasas Hari CSR Sedunia, Dr R. L. Bhatia mengetengahkan tema ‘Purpose before benefit’ di mana menurut beliau proses pemasaran yang dilakukan perlu mengikut etika dan mementingkan tujuan sebenarnya sebelum melihat kepada keuntungan.
“Perkara ini akan menjadi berterusan sekiranya ia diamalkan lebih daripada tiga kali. Selepas itu ia akan menjadi satu tabiat dan sekiranya diteruskan, ia akan sebati dengan perwatakan seseorang itu,” kata Dr Bhatia.
Antara tumpuan lain pada persidangan tersebut adalah, perbincangan mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) pertama dan kedua yang disasarkan oleh pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dimana ia menyentuh soal masalah kemiskinan, kebuluran dan hal-hal pendidikan.
Astro Awani
Sat Sep 28 2013
![Tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di WMS2013 Tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di WMS2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41380348107_295x200.jpg)
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di WMS2013 Tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di WMS2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41380348107_295x200.jpg)
Tokoh penting pemasaran dunia berhimpun di WMS2013
Tokoh-tokoh pemikir terkemuka pemasaran dunia berhimpun di World Marketing Summit 2013, (WMS 2013) di Putrajaya bermula hari ini.