Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini dalam perbincangan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung pembelian ekuiti terbesar dalam loji jana kuasa arang batu 2000MW, dikenali sebagai Project 3B.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kementerian tahu mengenai perbincangan itu namun setakat ini belum ada kata putus dimaklumkan.
"Rancangannya ialah mengambil alih pegangan terbesar dalam projek tetapi mereka masih berbincang.
"Saya rasa segala langkah sewajarnya baru sahaja dimuktamadkan dan kementerian serta Suruhanjaya Tenaga akan dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Subang Tenaga Hub, di sini hari ini.
Beliau berkata sebarang perubahan dalam ekuiti projek yang diluluskan sebelum ini akan dimaklumkan kepada kementerian dan Kabinet.
Menurut laporan sebelum ini, 1MDB memiliki 70 peratus daripada Project 3B yang terletak di Jimah, Negeri Sembilan itu dan bakinya oleh Mitsui Co Ltd.
Projek dengan nilai dianggar RM11 bilion dijadualkan untuk pentauliahan secara berperingkat bermula 1 Okt 2018.
Project 3B terletak bersebelahan Stesen Kuasa Jimah yang 25 peratus dikuasai TNB dan baki oleh 1MDB.
Sementara itu mengulas program hari ini, Ongkili berkata TNB memperuntukkan RM18 juta bagi menubuhkan 12 pusat perkhidmatan pelanggan premier dikenali 'Tenaga Hub' bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
"TNB akan membelanjakan RM1.5 juta bagi setiap Tenaga Hub yang akan siap menjelang 2017 termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu," katanya.
Mengenai perjanjian air Selangor, Ongkili berkata beliau akan bertemu Menteri Besar Azmin Ali minggu depan bagi membincangkan semua pertikaian berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.
"Kita perlu menyelesaikan segera isu ini," katanya.
Garis masa bagi memuktamadkan cadangan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) oleh kerajaan negeri telah tertangguh tiga kali.
Bernama
Tue May 12 2015
TNB bincang dengan 1MDB berhubung pegangan dalam projek 3B - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
1MDB hanya bayar AS$2.2 bilion kepada Aabar - Penyiasat
Richard Templeman mendedahkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya membayar AS$2.2 bilion kepada Aabar Investments PJS Ltd.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.