Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menganugerahkan kontrak terkumpul berjumlah RM16.9 bilion kepada syarikat vendor di bawah Program Pengilang dan Kontraktor Bumiputeranya (PPKB) dari tahun 1995 sehingga 2019.
Ketua Pegawai Perolehannya, Amir Mahmod Abdullah berkata, ia melibatkan 822 syarikat merangkumi 32 vendor di bawah kategori pembekal dan 790 vendor di bawah kategori kontraktor.
"Bagi tahun ini pula jumlah kontrak yang akan dikeluarkan tertakluk kepada permohonan pihak kami kepada Suruhanjaya Tenaga (ST), yang mana permohonan baharu masih dipertimbangkan.
"Namun kami telah membelanjakan sejumlah RM7 bilion bagi perbelanjaan modal untuk projek baharu kerja infrastruktur dan pembangunan baharu bagi tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'Program Peningkatan Kemahiran bagi Kontraktor TNB" di sini, hari ini, yang dilancarkan oleh Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian, Seksyen Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Azrilah Abdul Aziz.
Sementara itu, Mahdzir dalam ucapannya berkata inisiatif program tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para kontraktor menerusi peningkatan tahap kompetensi dari segi kemahiran dan keupayaan teknikal mereka.
"Ini juga bagi memastikan kerja yang dilaksanakan adalah berkualiti serta mengikut prosesur dan piawaian kejuruteraan yang ditetapkan.
"Ia juga sejajar dengan komitmen TNB yang sentiasa berusaha untuk membangunkan vendor PPKB selaras dengan hasrat negara membina dan memperkasakan sektor perdagangan dan perindustrian," katanya.
Beliau berkata, TNB telah memainkan peranannya sebagai syarikat induk dalam usaha membangunkan para vendor khususnya dalam kalangan Bumiputera sejak lebih suku abad lalu, yang mana manfaat daripadanya telah dapat dinikmati.
Menyentuh mengenai nilai kontrak berjumlah RM16.9 bilion yang dimanfaatkan syarikat tempatan, Mahdzir berkata ia sekali gus dapat merancakkan kegiatan ekonomi termasuk bidang bekalan, peruncitan dan penyediaan peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
TNB telah memainkan peranannya sebagai syarikat induk dalam usaha membangunkan para vendor khususnya dalam kalangan Bumiputera. Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.