KUALA LUMPUR: Perubahan yang dibuat oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) ke atas hasil penemuan buruh paksa adalah kredit positif untuk Sime Darby Plantation Bhd (SDP), menurut Moody's Investors Service.
Firma penyelidikan itu menjelaskan ini kerana ia berfungsi sebagai perakuan daripada pihak ketiga bebas bahawa produk SDP yang berada di bawah penelitian rapi tidak lagi dihasilkan oleh buruh paksa.
Dalam nota ulasan penerbit pada Isnin, perubahan itu juga menghapuskan risiko sekatan selanjutnya ekoran penemuan buruh paksa oleh CBP AS pada Januari 2022, yang boleh menyebabkan kelemahan kualiti kredit SDP jika tidak ditangani, tambah Moody's.
Pada 3 Feb 2023, CBP AS telah membenarkan pengimportan minyak sawit daripada SDP ke negara itu berkuat kuasa serta-merta memandangkan pihaknya telah mengubah hasil penemuan buruh paksa terhadap SDP.
"Hasil penemuan ini akan membantu mengurangkan risiko alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan memperkukuh hubungan SDP dengan pihak berkepentingan, yang mungkin sebaliknya telah mempertimbangkan larangan hubungan mereka dengan syarikat ini jika dakwaan buruh paksa tidak ditangani dan diselesaikan," menurutnya.
Moody's menambah selain itu, larangan ini mungkin termasuk oleh pelanggan yang menetapkan had pembelian produk SDP atau pemberi pinjaman menarik pembiayaan kerana dasar kemampanan yang menghalang pemberian pinjaman kepada syarikat yang didakwa melanggar piawaian buruh antarabangsa.
"Penetapan oleh CBP AS itu disokong oleh tindakan SDP yang terlibat secara proaktif dengan pihak berkepentingannya selain menambah baik amalan buruh terutama sejak dua tahun lepas," jelasnya.
Moody's menambah bahawa amalan kemampanan yang dipertingkatkan SDP turut merangkumi pertimbangan alam sekitar, termasuk pemakluman mengenai kerangka terperinci pada Disember 2022 untuk mencapai pelepasan sifar bersih merentas keseluruhan rantaian nilainya menjelang 2050.
"Usaha sedemikian, bersama-sama dengan dasar kewangan konservatif syarikat, memastikan pertimbangan ESG hanya mempunyai kesan kredit negatif secara sederhana (CIS-3) ke atas SDP, walaupun pendedahan kredit yang sangat negatif kepada risiko alam sekitar (Skor Profil Penerbit (IPS) E-4) dan sosial (S-4 IPS) yang berkaitan dengan pengeluaran minyak sawit," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Pada 3 Feb 2023, CBP AS telah membenarkan pengimportan minyak sawit daripada SDP ke negara itu berkuat kuasa serta-merta. - Foto fail/ REUTERS

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Tindakan CBP AS ubah hasil penemuan buruh paksa jadi kredit positif bagi SDP - Moody's
Perubahan yang dibuat oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) ke atas hasil penemuan buruh paksa adalah kredit positif untuk Sime Darby Plantation Bhd (SDP).

Tindakan CBP AS terhadap Sime Darby Plantation terburu-buru, tidak berasas - Zuraida
Ia berikutan SDP sedang menyusun laporan bebas yang komprehensif dan bakal diserahkan kepada AS dalam masa terdekat.

Buruh paksa: Kementerian akan jelaskan kepada Kedutaan AS - Kula Segaran
Sekatan tersebut turut melibatkan import sarung tangan getah pakai buang oleh sebuah syarikat tempatan atas alasan syarikat itu Malaysia itu terbabit dengan unsur buruh paksaan.