Kementerian Sumber Manusia akan menjelaskan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini bahawa tindakan telah diambil terhadap sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah tempatan susulan tindakan negara itu mengenakan sekatan terhadap pengimportan produk yang disyaki dibuat dengan menggunakan unsur buruh paksaan.
Menterinya, M. Kula Segaran berkata dalam pertemuan dengan pegawai kedutaan itu, pihaknya akan memperjelaskan bahawa hanya sebuah pengeluar sarung getah Malaysia telah diharamkan dan bukan industri pengeluar sarung tangan getah secara keseluruhan.
Selasa lalu, Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengumumkan ia telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Pegangan kepada lima produk berlainan yang diimport dari lima negara setelah disyaki menggunakan buruh paksaan.
Sekatan tersebut turut melibatkan import sarung tangan getah pakai buang oleh sebuah syarikat tempatan atas alasan syarikat itu Malaysia itu terbabit dengan unsur buruh paksaan.
"Syarikat yang dipersoalkan itu telah disiasat dan kementerian telah mendakwa syarikat itu di mahkamah pada Februari lalu dan mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda, Mei lalu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata selepas rundingan dengan Jemaah Menteri mengenai perkara itu, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan semua pengeluar sarung tangan getah Jumaat ini bagi menjelaskan akibat unsur penindasan terhadap pekerja dalam operasi masing-masing.
"Dalam banyak ucapan dan kenyataan terdahulu, saya telah bercakap tentang keperluan syarikat membasmi unsur buruh paksaan dalam operasi dan rantaian bekalan mereka. Perkara ini tidak dapat dielakkan apabila laporan telah dibangkitkan," katanya.
Kula Segaran berkata kementeriannya komited dan mengambil langkah sewajarnya dalam mendidik orang ramai mengenai kesan buruk buruh paksaan serta memperjuangkan peningkatan hak pekerja.
Beliau berkata antara langkah yang diambil secara berterusan adalah pemeriksaan secara aktif unsur buruh paksaan oleh Jabatan Buruh di setiap negeri serta mendidik majikan dan pekerja mematuhi undang-undang buruh di Malaysia termasuk Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Kerajaan menerusi PERKESO juga meningkatkan perlindungan sosial bagi pekerja asing di bawah Skim Bencana Pekerjaan bermula 1 Januari lalu di mana, pekerja asing turut menikmati faedah sama seperti disediakan kepada pekerja tempatan yang mengalami kecederaan di tempat kerja.
" Kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi memastikan kejayaan projek berkaitan buruh paksaan seperti menganjurkan program kesedaran dan buruh kanak-kanak." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 02 2019

KULA SEGARAN: Syarikat yang dipersoalkan itu telah disiasat dan kementerian telah mendakwa syarikat itu di mahkamah pada Februari lalu dan mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda, Mei lalu. - Gambar fail/BERNAMA

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Buruh paksa: Kementerian akan jelaskan kepada Kedutaan AS - Kula Segaran
Sekatan tersebut turut melibatkan import sarung tangan getah pakai buang oleh sebuah syarikat tempatan atas alasan syarikat itu Malaysia itu terbabit dengan unsur buruh paksaan.

Kanak-kanak tiga tahun ditemui berseorangan di ladang jagung
Kanak-kanak tersebut dipercayai terpisah daripada sekumpulan imigran yang melarikan diri daripada ditangkap ketika cuba memasuki AS.