Tindakan memboikot komoditi yang dikaitkan dengan pembasmian hutan akan hanya menggalakkan eksport komoditi sama namun mempunyai ciri-ciri piawaian alam sekitar yang jauh lebih rendah.
Penasihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fazlun Khalid berkata pihak Kesatuan Eropah (EU) juga secara tidak langsung mengakui bahawa pendekatannya sebelum ini bagi menghentikan pembasmian hutan akibat minyak sawit juga berkemungkinan besar tidak berjaya.
Menurutnya, makalah terbitan Ketua Pengarah bagi Dasar-Dasar Luar EU Parlimen Eropah turut memetik kajian saintifik terbaharu bahawa usaha yang hanya menumpukan pengurangan import minyak sawit adalah tidak berkesan dari segi alam sekitar.
"Sebaliknya, makalah itu merumuskan bahawa "adalah lebih berkesan dan kurang kos sekiranya Malaysia dan Indonesia" - pengeluar terbesar minyak sawit dunia - melaksanakan satu moratorium mengenai pembasmian hutan (menyasarkan kawasan terbabit).
"Ini kerana tindakan memboikot minyak sawit itu sebaliknya hanya mengalihkan permintaan terhadap minyak sayuran kurang efisien yang menggunakan lebih banyak tanah dan berpotensi menggalakkan pembasmian hutan yang jauh lebih buruk," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ruangan komentar Euractiv, satu rangkaian media bebas pan-Eropah yang khusus dalam dasar-dasar EU.
Fazlun yang juga Pengasas Islamic Foundation for Ecology and Environmental Sciences dan penulis "Signs on the Earth - Islam, Modernity and the Climate Crisis" berkata tindakan boikot itu juga memberi isyarat kepada negara pengeluar itu bahawa pelaksanaan kaedah pengeluaran mampan adalah sia-sia kerana Eropah tidak akan membeli minyak sawit itu.
"Persoalannya adalah bagaimana untuk menyalurkan insentif kepada negara-negara sedang membangun untuk melaksanakan dasar-dasar berkesan membabitkan usaha pemuliharaan hutan," katanya.
Malah, kata beliau, Jawatankuasa Pertanian EU menerusi satu laporan baru-baru ini menggesa supaya diwujudkan kerjasama perdagangan inklusif baharu dengan Global South yang merupakan cubaan bagi menangani isu berkenaan.
Jawatankuasa itu turut memberi amaran bahawa hanya standard atau piawaian alam sekitar secara mandatori atau wajib serta boleh dilaksanakan mengikut undang-undang dapat menghentikan pembasmian hutan ini.
Namun, pada masa sama, ia mengambil maklum bahawa piawaian sedemikian tidak boleh dilaksanakan secara sebelah pihak dan memerlukan persetujuan negara pengeluar.
Fazlun juga menggesa EU untuk melaksanakan pendekatan berbentuk gabungan ganjaran serta penalti dari segi perjanjian perdagangan.
"Persoalan besar yang tiada dalam tindak-tanduk EU setakat ini adalah bagaimana untuk mencapai kerjasama itu? Ada satu cara iaitu menerusi kerjasama dengan Global South yang bermaksud melaksanakan pendekatan ganjaran dan penalti yang agresif dalam perjanjian perdagangan.
"Negara-negara yang menepati piawaian alam sekitar boleh disenaraikan untuk perjanjian perdagangan bebas sebaliknya negara yang enggan berbuat demikian akan diketepikan daripada meja rundingan. Ini akan menjadi satu langkah besar bagi merangsang revolusi ekonomi hijau secara global.
"Di Malaysia, terdapat banyak sebab bagi usaha itu. Piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah skim pensijilan minyak sawit dengan mandat kerajaan dan pertama seumpamanya di dunia serta di peringkat nasional yang boleh dilaksanakan menerusi undang-undang," jelas beliau.
Berbeza dengan skim-skim lain seperti Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang lebih terarah kepada pengeluar korporat, beliau berkata skim MSPO sebaliknya adalah wajib untuk semua pengeluar minyak sawit dan lebih mudah dari segi akses untuk pekebun kecil serta terikat dengan denda untuk mereka yang enggan mematuhinya.
"Malangnya, EU masih ketinggalan. Laporan Ketua Pengarah itu misalnya memetik penyelidikan lama dari tahun lepas untuk menuduh bahawa Malaysia dan Indonesia, "dalam cubaan mengehadkan pembasmian hutan bagi tujuan penanaman sawit, terbukti gagal mencapai matlamat ditetapkan : kurang satu pertiga daripada pengeluaran minyak sawit itu mempunyai pensijilan dan seringkali berlaku pertindihan bagi kawasan terbabit.
"Namun, (tuduhan) ini tidak benar. Sejak menjadikan skim MSPO itu sebagai mandatori, sebanyak 63.2 peratus daripada ladang minyak sawit Malaysia mempunyai pensijilan MSPO setakat akhir 2019. Malah, Malaysia juga menyasarkan untuk memastikan pensijilan itu mencecah 100 peratus menjelang akhir tahun ini," katanya.
Selain itu, penyelidikan lanjutan baharu juga menunjukkan bahawa berbeza daripada hutan Amazon yang menyaksikan pembasmian hutan semakin ketara, skim MSPO itu sebaliknya terbukti berkesan, katanya.
Fazlun turut memetik Global Forest Watch bagi World Resources Institute yang berkata, kadar pembasmian hutan Malaysia telah berkurangan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut - satu perkembangan yang disumbangkan usaha peringkat tempatan bagi mengurangkan aspek itu.
Kesemua ini, katanya, hanya membuktikan jurang persepsi EU dan fakta sebenar di lapangan selain memaparkan bahawa EU telah bertindak melulu dalam dasar pembasmian hutan tanpa memberi perhatian kepada fakta penting serta kurang melakukan libat urus dengan negara-negara yang sebaliknya terbukti mencatat kemajuan sebenar.
"Apa yang pasti, kita tidak boleh terlalu bersikap optimis. Kadar pembasmian hutan kekal di luar kawalan dan jika tidak bertindak sekarang, krisis COVID-19 misalnya telah membuktikan betapa rapuhnya peradaban manusia.
"Namun skim MSPO itu menunjukkan masih ada harapan untuk mencatat kemajuan yang mungkin boleh diperluaskan ke rantau lain yang berdepan masalah pembasmian hutan. Inilah alasan yang sepatutnya dijadikan EU untuk bekerjasama lebih erat dengan negara-negara sedang membangun dari segi sokongan berbanding menyisihkan usaha-usaha pemuliharan yang mendapat mandat negara.
"Ini juga membantu bagi mewujudkan kerangka kerjasama global baharu yang boleh menerapkan perdagangan barangan dan perkhidmatan mampan sambil menggunakan kuasa undang-undang untuk menamatkan pembasmian hutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 12 2020

Tindakan memboikot minyak sawit hanya mengalihkan permintaan terhadap minyak sayuran kurang efisien yang menggunakan lebih banyak tanah dan berpotensi menggalakkan pembasmian hutan yang jauh lebih buruk.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Gencatan senjata Gaza: Nestle, Berjaya Food bakal peroleh manfaat, tetapi berdepan saingan sengit - Penganalisis
Perniagaan mereka terjejas akibat boikot berterusan produk sebagai protes terhadap tindakan Israel dalam tempoh 15 bulan lalu.

Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.

Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.

Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan susulan boikot, persaingan sengit - Penganalisis
Berjaya Food Bhd (BJFood) dijangka menyaksikan penguncupan pendapatan pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap disebabkan boikot yang berpanjangan dan persaingan sengit daripada

Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.

Ultras boikot Pestabola Merdeka
KEJOHANAN Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September ini mendapat tamparan apabila beberapa ultras negeri bertindak memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.

X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.

Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.