KUALA LUMPUR: Kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya Tesla, Model Y yang dijangka mendapat sambutan baik di peringkat domestik, tidak akan mendatangkan impak atau ancaman ketara terhadap industri automotif tempatan dalam masa terdekat, kata Kenanga Research.
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd itu berkata Model Y ditetapkan pada harga kompetitif iaitu RM199,000 hingga RM288,000 berbanding saingannya dalam segmen SUV kompak dengan kadar pembiayaan lebih rendah.
"(Ini memandangkan), lebih daripada 70 peratus kenderaan yang dijual di peringkat tempatan berharga kurang daripada RM100,000, termasuk 40 peratus di bawah RM50,000," katanya dalam nota penyelidikannya.
Kenanga juga menyifatkan kenderaan elektrik itu jauh daripada kategori harga berpatutan serta berupaya menggantikan kehadiran kenderaan yang dipacu oleh enjin pembakaran secara dalaman (ICE).
"Dalam keadaan seperti kekurangan stesen pengecasan EV sehinggalah strategi holistik bagi membangunkan ekosistem EV yang mantap, apa yang pasti adalah kenderaan ICE masih lagi dominan," katanya.
Menurutnya, Perodua yang menguasai hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan industri tempatan (TIV), akan lebih menumpukan kereta hibrid (dijangka dilancarkan di bawah paras harga RM70,000) bagi membina kepakaran tempatan serta secara beransur-ansur mengalihkan kapasiti vendor ke arah menyetempatkan komponen utama EV seperti bateri, elemen 'inverter' atau penyongsang dan motor.
Pengeluar kenderaan itu juga telah menyatakan dalam usaha mengeluarkan EV pada harga berpatutan, wujud keperluan untuk membangunkan ekosistem bekalan alat ganti EV yang dikeluarkan di peringkat tempatan.
Kenanga berkata, Bermaz Auto pula telah menyatakan hasratnya untuk terus memantau perkembangan ekosistem EV secara teliti, seiring dengan komitmen dan bersaing dengan jenama EV lain menerusi pelancaran pelbagai model EV siap dipasang (CBU) baharu.
Ini termasuk Mazda MX-30, Kia EV6, Kia Niro EV dan Peugeot e-2008 yang merupakan model lebih baharu berbanding Model Y Tesla.
Selain itu, Kenanga juga menyifatkan kehadiran Tesla di Malaysia dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan bergaji lebih menarik dalam segmen bateri EV dan peningkatan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem itu.
"Aspek itu akan secara strategiknya memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik Malaysia bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan untuk teknologi berkaitan mobiliti karbon rendah," katanya.
Tesla telah mengumumkan pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan selain infrastruktur berkaitan pengecasan di negara ini bagi menyuntik pengalaman pemilikan serba lancar selain membina rangkaian pengecas super EV.
Ini termasuk sekurang-kurangnya 50 pengecas super dalam tempoh tiga tahun daripada 10 pengecas sedia ada yang mana 30 peratus daripadanya boleh digunakan oleh jenama lain.
Kenanga yang mengekalkan unjuran TIV 2023 sebanyak 720,000 unit dan menyamai rekod yang dicapai tahun lepas, juga menyifatkan kehadiran sebuah kereta baharu masih kekal sebagai kemewahan yang mampu milik untuk kebanyakan rakyat Malaysia walaupun dalam senario inflasi tinggi dan ekonomi global yang perlahan.
Ia turut mengunjurkan peningkatan sebanyak 11 peratus daripada 650,000 unit yang dijangkakan oleh Persatuan Automotif Malaysia pada Januari lepas.
Menurutnya, sentimen optimis itu didorong oleh oleh kekukuhan keyakinan pengguna bersandarkan kepada kestabilan ekonomi, pasaran kerja yang lebih sihat, kemampuan kenderaan bermotor dalam keadaan harga kereta baharu yang stabil susulan penangguhan peraturan duti eksais baharu serta model baharu yang menarik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Model Y ditetapkan pada harga kompetitif iaitu RM199,000 hingga RM288,000 berbanding saingannya dalam segmen SUV kompak dengan kadar pembiayaan lebih rendah. - Gambar/ Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022.

Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.

Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang
Ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia selepas yang pertama di premis sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul
Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.

Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.

Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul
Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EV global seperti Tesla.

Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.