BUTTERWORTH: Tesla mengaktifkan stesen Pengecas Super pertama di Pulau Pinang bertempat di Sunway Carnival Seberang Jaya di sini, iaitu tambahan kepada dua stesen Pengecas Destinasi sedia ada di The Ship Campus, Batu Kawan dan All Seasons Place di George Town.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar automotif elektrik multinasional terkemuka Amerika Syarikat itu memaklumkan kemajuan ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengecasan tempatan tetapi juga melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah keseluruhan empat Pengecas Super dan 12 Pengecas Destinasi di Pulau Pinang.
"Pengaktifan ini membuktikan kemajuan ketara dalam meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di rantau ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, syarikat itu menawarkan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan integrasi teknologi dengan konsep plug in, charge and go' adalah yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla.
Melalui Apl Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi ke dan memantau status Pengecas Super dengan mudah dan pembayaran akan diproses secara automatik.
"Dengan yuran Pengecasan Super bayar setiap penggunaan sebanyak RM 1.25/kWj, Tesla memastikan pengecasan yang cekap kos," katanya.
Setakat ini, Tesla mempunyai lapan stesen Pengecas Super dan 10 stesen Pengeca Destinasi, menawarkan sejumlah 40 pengecas dan 61 Pengecas Destinasi di Malaysia melalui pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dengan terdapat 11 stesen Pengecasan Super dan sembilan stesen Pengecas Destinasi.
"Tesla komited untuk memajukan infrastruktur pengecasnya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kemudahan mengecas Tesla," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
![Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712236765_teslasupercharger.jpg)
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735135602_teslashanghai.jpg)
Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.
![Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735351226_eveenergy.jpg)
Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.
![Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732680289_ElonMusk.jpg)
Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022.
![Tesla jual figura mini robot Optimus Tesla jual figura mini robot Optimus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732073334_teslaFiguraMini.jpg)
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
![Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726003808_Tesla.jpg)
Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang
Ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia selepas yang pertama di premis sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.
![Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724343204_TBTENGKUZAFRUL.jpg)
Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul
Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.
![Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.
![Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul
Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EV global seperti Tesla.
![Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723179368_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.
![Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.