KUALA LUMPUR:Proton Holdings Berhad menegaskan tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkaian jualan rasminya sebagai ejen jualan.
Sebaliknya, pengeluar kenderaan pertama negara itu memaklumkan, ia hanya menerima tempahan menerusi rangkaian jualan Proton rasmi.
"Malangnya, kami dimaklumkan bahawa ada pihak telah memberi gambaran yang tidak benar dengan mengatakan mereka adalah ejen Proton ataupun mempunyai kaitan dengan Proton demi mengaut keuntungan.
"Pihak Proton ingin menegaskan bahawa hanya tempahan yang diterima melalui rangkaian jualan Proton yang rasmi akan diakui sebagai tempahan yang sah.
"Proton tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkaian jualan rasminya sebagai ejen jualan produk kami," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, ada pihak memberi gambaran palsu mendakwa mereka ejen Proton yang boleh menerima tempahan model terbaharu X50.
"Pelancaran Proton X50 yang bakal berlaku tidak lama lagi telah menarik minat ramai pembeli kereta di Malaysia.
"Jumlah tempahan awal yang telah diterima amat memberangsangkan dan pihak Proton ingin mengucapkan terma kasih kepada semua yang memberi sokongan," katanya.
Proton dalam pada itu menasihati semua bakal pembeli supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang tuntutan dari individu atau organisasi.
Pada masa sama, ia memohon semua pelanggan menghubungi pihak Proton untuk sebarang kemusykilan.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi Proton, sila layari laman web rasmi proton di https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.
Astro Awani
Thu Oct 08 2020

Jumlah tempahan awal yang telah diterima untuk Proton X50 amat memberangsangkan. - Gambar fail

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.

Proton terima lebih 4,000 tempahan bagi sedan baharu S70
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.

Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei
Pengeluar pesawat terbesar dunia Airbus menyerahkan lebih banyak jet komersial pada Mei berbanding bulan lain sejak awal tahun, walaupun mengalami kekurangan alat ganti baru-baru ini.

Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Mishalin tidak menang tangan terima tempahan muruku, biskut sempena Deepavali
Mishalin memberitahu, permintaan dan jualan terhadap makanan berkenaan meningkat ketara sejak akhir bulan lepas.

Jualan kenderaan melonjak kepada 66,614 unit pada Ogos 2022 - MAA
Jumlah keseluruhan industri bagi Ogos 2022 naik 36 peratus daripada Julai 2022 (48,922 unit).

Perodua tingkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan
Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran untuk menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama berikutan jumlah tempahan yang meningkat, yang kini berjumlah 243,000 unit.

Polis Terengganu tahan pasangan suami isteri terlibat penipuan tempahan rumah inap
Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan rumah inap yang dilaporkan berlaku di negeri ini.

Cuti Aidilfitri: Hotel dan rumah inap desa rekod tempahan luar biasa
Perkembangan semasa membantu sektor perhotelan dan pelancongan negara bangkit selepas dua tahun terkesan akibat wabak COVID-19.

Tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid pemasangan tempatan mula dibuka kepada umum
Model baharu itu terdapat dua lagi varian iaitu Corolla Cross 1.8V dan 1.8G dengan enjin 1.8 liter DOHC 16-injap Dual VVT-i.