KUALA LUMPUR: Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran untuk menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama berikutan jumlah tempahan yang meningkat, yang kini berjumlah 243,000 unit.
Pengeluar kereta itu menghadapi kekurangan bekalan cip semikonduktor dan pekerja asing, menyebabkan tempoh menunggu yang lebih lama kira-kira enam hingga tujuh bulan bergantung kepada model kereta, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Bagi menyelesaikan masalah kekurangan cip, Perodua telah mencari pembekal alternatif supaya ia boleh mendapatkan sumber daripada vendor lain, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Perodua Alza serba baharu di sini hari ini.
Penggunaan komponen tempatan boleh melindungi Perodua daripada situasi tidak menentu yang berlaku dalam pasaran antarabangsa, katanya sambil menambah model Alza serba baharu itu mempunyai kadar komponen tempatan yang tinggi sebanyak 95 peratus.
Tempahan untuk Alza baharu bermula pada 23 Jun pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV bagi Semenanjung Malaysia dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tetapi tanpa insurans.
Mengenai isu pekerja asing, katanya perkara itu sedang diselesaikan secara berperingkat.
"Bagi Perodua, situasi itu tidak akan memberi impak yang besar kepada pengeluaran sekurang-kurangnya pada tahun ini. Sasaran (jualan) masih di landasan untuk tahun 2022," katanya.
Perodua menyasarkan jualan sebanyak 247,800 unit pada 2022, meningkat sebanyak 30.2 peratus daripada 190,291 unit kenderaan yang dijual pada tahun lepas.
Zainal Abidin berkata langkah mengimbangi pengeluaran akan dilakukan untuk memastikan isu tempoh menunggu dapat ditangani, terutamanya dalam kalangan model kegemaran rakyat Malaysia seperti Perodua Myvi, Alza dan Aruz.
"Kita perlu menguruskan model ini dengan berhati-hati. Kita perlu (mencapai) keseimbangan," katanya, sambil menambah mungkin tempoh menunggu untuk Aruz boleh (diselaraskan kepada) kurang tiga bulan manakala untuk Alza, boleh lebih tiga bulan.
Syarikat telah mencatatkan tempahan sebanyak 30,000 unit, merupakan yang tertinggi dan daripada jumlah tempahan setakat ini, hampir 15 peratus daripadanya adalah untuk Alza baharu, katanya sambil menambah syarikat menyasarkan untuk mengeluarkan 3,000 unit model itu setiap bulan.
Katanya kira-kira 4,300 unit Alza dijangka didaftarkan pada bulan ini.
"Unit pertama Alza serba baharu ini telah didaftarkan hari ini dan akan mula dihantar," katanya.
Secara keseluruhan, Perodua telah melabur sebanyak RM770 juta untuk membangunkan Alza serba baharu sejak April 2018.
Mengenai impak daripada pengecualian SST yang telah berakhir, beliau berkata masih terlalu awal untuk menilai impaknya terhadap permintaan.
Ditanya mengenai kemungkinan pengeluaran kenderaan elektrik (EV), beliau berkata Perodua masih mengkaji perkara itu.
"Ia dalam peringkat perancangan. Kita akan membuat pengumuman apabila wujud kerjasama konkrit dengan syarikat nasional lain," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Perodua menjalin kerjasama dengan syarikat utiliti nasional, Tenaga Nasional Bhd untuk memperkenalkan kadar caj EV mampu milik kepada rakyat.
BACA: TNB, Perodua disaran jalin kerjasama perkenal kadar caj EV mampu dilanggani - PM
BACA: Perodua perlu teroka peluang hasilkan kenderaan elektrik - Perdana Menteri
BACA: Kerajaan sedia bantu Perodua luaskan pasaran luar negara - PM Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata TNB kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran tenaganya dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu dan menyediakan stesen pengecasan EV yang mencukupi.
"Pada masa sama, Perodua boleh menggunakan peluang ini dengan meneroka bidang baharu seperti menghasilkan EV yang berkualiti tinggi dan mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran untuk menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama berikutan jumlah tempahan yang meningkat, yang kini berjumlah 243,000 unit. - Foto BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.

Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.

Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.