NIBONG TEBAL: Memandangkan Pesta Cahaya semakin hampir, pengusaha muruku dan biskut, J.Mishalin, 37, perlu bertungkus-lumus menyiapkan tempahan bagi jualan larisnya, muruku dan achu muruku atau kuih ros selain beberapa jenis biskut moden.
Mishalin yang mengusahakan muruku dan biskut dari rumah berkata permintaan dan jualan terhadap makanan berkenaan meningkat ketara sejak akhir bulan lepas berikutan sambutan Deepavali.
"Saya terima banyak tempahan untuk muruku, achu muruku dan beberapa jenis biskut seperti biskut kacang tanah dan Almond London. Disebabkan permintaan yang menggalakkan, saya terpaksa mengehadkan tempahan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini baru-baru ini.
Menurut Mishalin, pelanggannya terdiri daripada berbilang kaum dan bukan sahaja dari Pulau Pinang malah Pahang, Kuala Lumpur dan Kedah.
Mishalin berkata beliau juga menerima tempahan untuk acara khusus dan perayaan seperti Krismas, Hari Raya dan Tahun Baharu Cina.
"Pelanggan mengulangi tempahan (muruku dan biskut) kerana saya hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang bukan sahaja memberi kepuasan kepada mereka (pelanggan) malah saya sendiri," katanya.
Mishalin berkata pembuatan muruku dan biskutnya kini kembali rancak selepas pandemik COVID-19.
"Saya bersyukur pada masa ini perniagaan berjalan lancar yang membolehkan saya menjana pendapatan tahun ini. Saya harap biskut tradisional (seperti muruku dan kuih ros) dan biskut moden saya akan terus mendapat permintaan ramai pelanggan supaya dapat menebus kerugian yang dialami sejak dua tahun lepas akibat pandemik," katanya.
Beliau berkata biskut tradisionalnya dijual pada harga antara RM25 dan RM100 manakala biskut moden berharga antara RM24 dan RM35 sebalang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022
Mishalin memberitahu, permintaan dan jualan terhadap makanan berkenaan meningkat ketara sejak akhir bulan lepas. - Bernama
Pas perlukan formula baharu hadapi PRU16
Ahmad Zaharuddin berkata, untuk kekal relevan Pas perlu lakukan pembaharuan dalam barisan kepimpinan menjelang pemilihan parti tahun ini.
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.