KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) telah menetapkan 22 Mei 2023 sebagai tarikh tutup pertama tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi mengambil alih baki saham dalam BHB.
Dalam pekeliling nasihat bebas yang difailkan dengan Bursa Malaysia hari ini, BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama.
Jika tawaran itu telah menjadi atau diisytiharkan tanpa syarat sebelum tarikh tutup pertama, pemberi tawaran (LTAT) akan memastikan tawaran dibuka untuk penerimaan tidak kurang daripada 14 hari selepas itu, yang tidak akan lewat daripada hari ke-74 dari tarikh siaran.
"Dalam apa jua keadaan, pemberi tawaran tidak akan menutup tawaran sebelum tarikh tutup pertama. Sekiranya tawaran kekal bersyarat menjelang tarikh tutup pertama, syarat Bank Negara Malaysia (BNM) yang disemak semula mesti dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh tutup pertama.
"Sekiranya syarat BNM yang disemak semula dipenuhi selepas tarikh tutup pertama, tawaran akan tetap dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 26 Jun 2023, iaitu hari ke-95 dari tarikh siaran.
"Bagaimanapun, jika syarat BNM yang disemak semula tidak dipenuhi pada 12 Jun depan, tawaran itu akan luput dan tidak lagi boleh diterima," katanya.
Tawaran oleh LTAT ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mengambil BHB secara persendirian.
LTAT secara langsung memegang 1.5 bilion saham BHB yang mewakili 74.92 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam syarikat itu setakat tarikh praktik terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
![Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638318366_BousteadHoldingsBh.jpg)
BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama. - Gambar fail/dagangnews.com
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727435708_KerajaanSarawak.jpg)
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
![LTAT tempelak kenyataan ‘pengunduran’ Ahmad Nazim LTAT tempelak kenyataan ‘pengunduran’ Ahmad Nazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620727790_TBLTAT.jpg)
LTAT tempelak kenyataan ‘pengunduran’ Ahmad Nazim
LTAT memaklumkan, dakwaan itu tidak tepat kerana pada masa ini masih tiada keputusan akhir tentang pengunduran Ahmad Nazim.
![BHB nafi beli saham daripada pemegang saham BHPetrol lain BHB nafi beli saham daripada pemegang saham BHPetrol lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638318366_BousteadHoldingsBh.jpg)
BHB nafi beli saham daripada pemegang saham BHPetrol lain
Boustead Holdings Bhd (BHB) menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang pembelian saham daripada pemegang saham Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, juga dikenali sebagai BHPetrol yang lain.
![Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638318366_BousteadHoldingsBh.jpg)
Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei
BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama.
![Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668109667_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
![Boustead jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada RM197 juta Boustead jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada RM197 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552298727_HOTEL.jpg)
Boustead jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada RM197 juta
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BHB berkata ini menyumbang kepada 4.5 sen sesaham.