KUALA LUMPUR: Kerajaan disyorkan mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan luxury tax atau cukai kemewahan bagi setiap pembelian barangan dan perkhidmatan mewah dan non-essential yang melepasi harga tertentu.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) ketika membahaskan Bajet 2022 berkata pengenalan cukai tersebut membolehkan kerajaan meningkatkan hasil.
Jelas beliau, tiada satu polisi yang menyeluruh diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2022, melainkan pengenalan Cukai Makmur yang dikenakan secara 'one-off'' kepada perusahaan yang mempunyai keuntungan melebihi RM100 juta setahun.
"Barangan mewah yang boleh dikenakan cukai adalah seperti supercar, kapal layar, jet peribadi, barang kemas bernilai tinggi dan barangan mewah lain .
"Untuk makluman, pengenaan luxury tax ini dilakukan oleh negara maju sejak sekian lama. Di rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia juga turut mengenakan cukai kemewahan ini kepada rakyat mereka.
"Jadi sekiranya kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini, ia tidaklah menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang akan mengenakan cukai sedemikian kepada rakyatnya," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Membahas lebih lanjut, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata cukai kemewahan juga bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan tinggi (T20), bersesuaian dengan aspirasi kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Tambah beliau, mengikut Kementerian Kewangan (MoF), hasil negara pada 2020 adalah lebih rendah daripada perbelanjaan kerajaan.
"Makanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh MoF dalam belanjawan baru-baru ini, defisit negara untuk tahun 2022 dijangka menghampiri RM100 bilion.
"Jika kita perhatikan pada tahun 2019 ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, hasil negara meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RM264.42 bilion.
"Pada 2020 terdapat penurunan sebanyak 14.9 peratus kepada RM222.08 bilion. Ini boleh dijelaskan memandangkan terdapat beberapa kali ekonomi ditutup pada 2020," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 02 2021
Mohd Shafie ketika membahaskan Bajet 2022 berkata pengenalan cukai tersebut membolehkan kerajaan meningkatkan hasil kerajaan - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).