Syarikat telekomunikasi (telco) tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya membenarkan ejen-ejen mereka menjual kad sim prabayar tanpa meminta pembeli mengemukakan kad pengenalan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sebagai pihak yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semua syarikat telco wajib mematuhi syarat atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu perlu mendapatkan salinan kad pengenalan daripada pembeli sebelum sesuatu urus niaga dijalankan.
"Jika peniaga atau ejen sebuah syarikat telco didapati menjual kad prabayar tanpa pembeli perlu mengemukakan kad pengenalan, tindakan pasti akan diambil, bukan kepada ejen tetapi ke atas syarikat telekomunikasi berkenaan.
"Ini kerana mereka yang dilesenkan apabila terdapat ketidakpatuhan oleh mana-mana peniaga di bawah mereka, syarikat terbabit sebagai pemegang lesen akan dikenakan tindakan seperti dikompaun," katanya mengulas mengenai dakwaan adanya sindiket yang menjalankan operasi itu untuk mendapatkan keuntungan 'atas angin'.
Bercakap kepada pemberita selepas menyertai larian sejauh lima kilometer sempena sambutan Hari Standard Sedunia di sini, hari ini, Jailani berkata semua syarikat telco telah diberi peringatan mengenai perkara itu dan kesannya jika membiarkan ejen-ejen mereka melanggar syarat atau SOP yang ditetapkan.
Beliau berkata setakat ini tiada syarikat telco yang dikenakan tindakan berhubung kesalahan itu tetapi SKMM sentiasa memantau dan membuat analisa ke atas aktiviti penjualan kad sim prabayar oleh ejen-ejen terbabit dan jika berlaku pelanggaran syarat, syarikat berkenaan akan dikompaun bermula RM10,000 sehingga RM1 juta.
Beliau berkata semua syarikat telco perlu lebih bertegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan operasi kerana penjualan kad sim prabayar tanpa salinan kad pengenalan boleh memberi kesan kepada aspek keselamatan negara dan kepentingan pengguna.
Sebagai syarikat telco yang ternama, mereka perlu menghindarkan syarikat daripada dikenakan kompaun kerana tindakan itu jika diambil tentunya akan memberi kesan kepada perniagaan selain menjejaskan imej syarikat.
Jailani berkata aktiviti penjualan kad sim prabayar masih belum berleluasa dan ia dapat dikekang selepas SKMM memperkenalkan syarat baharu iaitu ejen atau seseorang yang ingin menjual kad tersebut hanya boleh menjualnya kepada lima penama sahaja atas satu kad pengenalan.
Berbanding boleh menjualnya kepada 20 orang sebelum ini, peraturan baharu yang diperkenalkan bermula awal tahun ini itu dilihat sebagai usaha suruhanjaya itu mengekang aktiviti penyalahgunaan penjualan kad prabayar oleh ejen, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
Semua syarikat telco wajib mematuhi syarat atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu perlu mendapatkan salinan kad pengenalan daripada pembeli sebelum sesuatu urus niaga dijalankan. - Gambar fail
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Syarikat telco benarkan ejen jual kad sim prabayar tanpa ikut syarat berdepan tindakan
Syarikat telekomunikasi (telco) tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya membenarkan ejen-ejen mereka menjual kad sim prabayar tanpa meminta pembeli mengemukakan kad pengenalan.