KUALA LUMPUR: Gabungan syarikat-syarikat penerbangan di bawah Capital A Bhd yang merangkumi AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina terus mencatatkan faktor muatan yang kukuh sebanyak 89 peratus pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023.
Kumpulan penerbangan dan gaya hidup digital itu telah membawa 14.7 juta penumpang di belakang kapasiti 16.5 juta tempat duduk melalui 152 pesawat yang beroperasi semasa suku ketiga 2023.
"Permintaan perjalanan tinggi yang konsisten selepas pandemik telah menghasilkan pertumbuhan dari tahun ke tahun yang mantap dengan peningkatan tiga mata peratusan dalam faktor muatan, mencapai pertumbuhan hampir 50 peratus dalam penumpang yang dibawa, manakala kapasiti tempat duduk menokok hampir 45 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Setakat ini, volum penumpang syarikat penerbangan yang disatukan itu telah pulih 76 peratus berbanding sembilan bulan pertama 2019, melepasi pemulihan kapasiti keseluruhan sebanyak 73 peratus dalam tempoh yang sama.
Semua syarikat penerbangan di bawahnya mencatatkan faktor muatan tinggi selepas didorong oleh pertumbuhan dalam tempat duduk antarabangsa yang dijual.
"AirAsia Filipina mendahului dengan pertambahan 368 peratus dari tahun ke tahun yang luar biasa dalam penumpang antarabangsa yang dibawa, menerbangkan lebih 354,000 penumpang.
"Ini diikuti oleh AirAsia Thailand yang membawa 1.8 juta penumpang antarabangsa, naik 164 peratus dari tahun ke tahun. AirAsia Malaysia serta AirAsia Indonesia kedua-duanya menunjukkan pertumbuhan 100 peratus dari tahun ke tahun, masing-maisng kepada 3.1 juta dan 1.1 juta penumpang antarabangsa," katanya.
Capital A ketika mengulas mengenai segmen digitalnya berkata airasia MOVE, yang dijenamakan semula baru-baru ini daripada airasia Superapp, mencapai rekod baharu sejumlah 15.4 juta purata pengguna aktif bulanan, melonjak sebanyak 61 peratus dari tahun ke tahun.
"Ini telah membawa kepada satu lagi tahap tertinggi baharu iaitu 8.3 juta transaksi, meningkat sebanyak 65 peratus dari tahun ke tahun," katanya lagi.
Mengenai BigPay, ia berkata pengguna berkad menokok sebanyak 14 peratus dari tahun ke tahun sehingga mencapai 1.5 juta pengguna, manakala nilai transaksi kasar juga telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan, bertambah sebanyak 24 setiap sen dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan yang lebih luas merentasi semua produknya.
Dalam segmen logistik, Teleport terus memberikan prestasi suku tahunan yang sangat baik dalam metrik operasi terasnya.
"Untuk segmen kargo, kami menghantar 57,309 tan, kenaikan 115 peratus dari tahun ke tahun dan kejayaan ini digariskan lagi oleh kadar penggunaan kompartmen perut yang sihat sebanyak 15 peratus (naik daripada 12 peratus dari tahun ke tahun), satu pencapaian yang dimungkinkan melalui pemulihan penerbangan antarabangsa, yang kemudian, meningkatkan kapasiti perut yang boleh digunakan dengan ketara," katanya.
Sementara itu, segmen penghantaran terus mencatatkan pertumbuhan yang mengagumkan, menyampaikan 7.4 juta bungkusan pada suku ketiga 2023, katanya.
"(Tahun) sehingga kini, ia telah menghantar 17.9 juta bungkusan, lebih daripada dua kali ganda tahap yang dicapai pada tahun kewangan 2022," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Semua syarikat penerbangan di bawahnya mencatatkan faktor muatan tinggi selepas didorong oleh pertumbuhan dalam tempat duduk antarabangsa yang dijual. - Gambar fail/capitala.airasia.com
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Syarikat penerbangan bawah Capital A catat faktor beban kukuh sebanyak 89 peratus
Kumpulan penerbangan dan gaya hidup digital itu telah membawa 14.7 juta penumpang di belakang kapasiti 16.5 juta tempat duduk melalui 152 pesawat yang beroperasi semasa suku ketiga 2023.