Syarikat minyak dan gas dunia dijangka mencatatkan kerugian besar tahun ini susulan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada permintaan dan harga minyak dan gas global.
Ini terutama dengan sempadan di beberapa negara termasuk Malaysia yang masih belum dibuka, yang turut akibatkan permintaan menurun untuk bahan bakar penerbangan komersil.
Pada awal Jun, Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.
Menurut laporan tersebut, syarikat minyak dan gas adalah yang paling teruk terjejas dalam semua sektor yang ditinjau Fitch Ratings.
Ini mengekori unjuran yang dibuat oleh Rystad Energy pada April yang menjangka syarikat minyak dan gas global akan kehilangan pendapatan sebanyak AS$1 trilion tahun ini.
Antara syarikat yang melaporkan kejatuhan keuntungan termasuk syarikat gas asli Rusia dan yang terbesar dunia, Gazprom yang catat kejatuhan keuntungan sebanyak lebih 50 peratus kepada AS$2 bilion pada suku kedua akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, syarikat minyak dan gas terbesar dunia, Saudi Aramco melaporkan kejatuhan keuntungan sebanyak 73 peratus pada suku kedua susulan permintaan minyak dan gas yang menurun akibat COVID-19 kepada AS$6.57 bilion.
Dalam masa yang sama, Royal Dutch Shell melaporkan kerugian sebanyak AS$18.8 bilion pada suku kedua 2020, berbanding keuntungan AS$3 bilion pada tempoh sama tahun 2019.
Ini susulan susut nilai aset minyak dan gas Royal Dutch Shell akibat kejatuhan harga minyak global akibat COVID-19.
Pendapatan turut menurun 82 peratus kepada AS$638 juta pada suku kedua.
Dalam masa yang sama, syarikat minyak Perancis, Total turut mencatatkan kejatuhan kerugian sebanyak AS$8.37 bilion pada suku kedua berbanding keuntungan AS$2.76 bilion yang dicatatkan tahun lepas.
Ini susulan susut nilai asset nya sebanyak AS$8 bilion termasuk susut nilai di Kanada sebanyak AS$7 bilion.
Di Amerika, syarikat minyak dan gas ExxonMobil turut lapor kerugian AS$1.1 bilion pada suku kedua susulan bekalan yang berlebihan dan impak daripada COVID-19.
BP pada awal Ogos turut melaporkan kerugian AS$16.8 bilion pada suku kedua susulan susut nilai aset akibat jangkaan pendapatan yang menurun akibat harga minyak dan gas yang rendah.
Dan di Asia, syarikat minyak China, Sinopec, turut catat kerugian sebanyak AS$3.17 bilion pada separuh pertama tahun ini, dengan kebanyakannya dicatatkan pada suku pertama akibat kesan langkah yang diambil untuk kawal penularan COVID-19 kepada industri dan pengembaraan.
Di Indonesia, Pertamina turut melaporkan kerugian AS$767 juta pada separuh pertama tahun ini, akibat permintaan dan harga minyak global yang lemah.
Suku kedua menyaksikan harga minyak mentah Brent mencatatkan kejatuhan kepada AS$19.33 setong pada April dan kemudian, kini berada pada sekitar AS$45 setong.
Dalam laporan “The Road Back: Post-Lockdown Assumptions for Global Corporates” terbitan Fitch Ratings pada Jun 2020, ia menjangka kejatuhan pendapatan global minyak dan gas adalah 40 peratus daripada semua sektor yang ditinjau dan enam kali ganda lebih besar daripada sektor peruncitan.
Astro Awani
Mon Aug 31 2020
![Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518756437_OilRig.jpg)
Syarikat minyak dan gas dunia dijangka mencatatkan kerugian besar tahun ini susulan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada permintaan dan harga minyak dan gas global. -Gambar fail
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
![Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
![MPay kembali rugi pada Q2 bernilai RM1.9 juta MPay kembali rugi pada Q2 bernilai RM1.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632787390_ManagePaySystemsBe.jpg)
MPay kembali rugi pada Q2 bernilai RM1.9 juta
Ini terutamanya disebabkan oleh kos langsung dan pentadbiran serta perbelanjaan umum yang tinggi.
![Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/81518756437_OilRig.jpg)
Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini
Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.
![AirAsia Group rugi RM967.15 juta pada suku pertama 2020 AirAsia Group rugi RM967.15 juta pada suku pertama 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594189541_950x600.jpg)
AirAsia Group rugi RM967.15 juta pada suku pertama 2020
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan prestasi kewangan AirAsia Group menyebabkan kumpulan syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM967.15 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac.