Syarikat-syarikat kini mengalihkan pemikiran masing-masing daripada menunggu perubahan ekonomi global kepada memberi tumpuan mengoptimumkan perniagaan masing-masing melalui pemotongan kos dan meningkatkan kecekapan, kata Ernst and Young.
Dalam satu kenyataan Jumaat, Ernst and Young berkata rumusan itu adalah berasaskan dapatan laporannya baru-baru ini - "Business Pulse: Exploring the duel perspectives of the top 10 risks and opportunities in 2013."
Laporan itu, yang berasaskan kaji selidik 2012 mengenai eksekutif kanan dari 641 syarikat di 21 negara, adalah yang terbaharu di dalam satu siri pada 2008 bagi menjejaki risiko dan peluang yang dihadapi perniagaan di seluruh dunia.
Ernst and Young berkata tekanan penetapan harga adalah risiko terbesar yang ditonjolkan oleh syarikat-syarikat pada 2013, di mana eksekutif kanan menerima hakikat bahawa mereka perlu mencari cara-cara terbaharu untuk mencapai keuntungan sebagai respons kepada pasaran maju yang mengecil.
"Ini dilihat kepada syarikat-syarikat yang beralih kepada inovasi dan pasaran yang pantas berkembang bagi mewujudkan peluang baharu," katanya.
Rakan Ernst and Young Malaysia dan Peneraju Risiko Asean Philip Rao berkata: "Sedang syarikat-syarikat di pasaran maju terus menunjukkan prestasi yang rendah di tengah-tengah masalah kemelesetan dan kedaulatan, dunia kini mengalih perhatian kepada pasaran baharu bagi mendapatkan peluang pengembangan."
"Negara-negara yang merupakan pasaran yang berkembang pesat, termasuk Malaysia, menjadi fokus pelaburan dan pertumbuhan kerana banyak badan dunia mengkaji semula strategi perniagaan masing-masing."
"Sedang peralihan itu merupakan galakan terhadap ekonomi negara, syarikat-syarikat Malaysia perlu awas pada perkembangan itu dan menimbangkan risiko serta peluang yang memberi kesan kepada perniagaan mereka sendiri di dalam pasaran yang kompetitif, yang berasaskan dapatan laporan itu."
Ernst and Young berkata peluang utama bagi 2013 bergantung kepada inovasi produk, perkhidmatan dan operasi.
Ini dicerminkan di dalam perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan di dalam pasaran berkembang pesat, yang berkembang empat kali lebih pantas berbanding dengan pasaran maju.
Bernama
Sat Mar 16 2013
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Syarikat kini beralih mengoptimumkan perniagaan
Syarikat-syarikat kini mengalihkan pemikiran masing-masing daripada menunggu perubahan ekonomi global kepada memberi tumpuan mengoptimumkan perniagaan masing-masing.