flymojo, peserta baharu dalam industri penerbangan di Malaysia akan membantu meningkatkan rangkaian dan persaingan di udara.
Syarikat penerbangan itu hari ini memeterai perjanjian US$1.47 billion (RM5.44 bilion) dengan Bombardier Commercial Aircraft dari Kanada untuk membeli 20 pesawat CS100.
Pelanggan dan pengendali pertama pesawat CS100 di rantau ini akan berpangkalan di Johor Baharu, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Pengumuman itu dibuat di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi ketika kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kion berkata, syarikat penerbangan itu dijangka merangsang industri perdagangan dan pelancongan negeri berkenaan.
"Ia akan meletakkan Senai sebagai destinasi penting di negara ini di segi perdagangan dan pelancongan kerana ia akan menarik lebih ramai pelancong," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Tee berkata, kini terdapat lima hingga enam syarikat penerbangan yang beroperasi dari Senai.
"Dengan syarikat penerbangan baharu ini, ia akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Setakat ini terdapat 14 hingga 15 pintu masuk dari darat, laut dan udara ke Johor," tambahnya.
Menurutnya, dengan Iskandar Malaysia menjadi satu daripada koridor paling berjaya di Malaysia, ia akan menarik lebih ramai ahli perniagaan serta pelancong ke negeri berkenaan.
Sementara itu, Penganalisis Pengangkutan Serantau di Institut Penyelidikan RHB, Ahmad Maghfur Usman, memberitahu Bernama, pelanggan seharusnya gembira dengan kemunculan syarikat penerbangan baharu itu kerana harga tiket akan turun.
"Persaingan akan bertambah apabila syarikat penerbangan baharu memasuki pasaran. Sudah tentu ia akan memberi kesan negatif kepada syarikat penerbangan sedia ada," katanya.
Ahmad Maghfur, bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menjangka perkara itu kerana syarikat itu akan mula beroperasi tahun depan.
"Kita belum tahu ke mana hala tujunya," katanya.
Bernama
Tue Mar 17 2015
flymojo memeterai perjanjian RM5.44 bilion dengan Bombardier Commercial Aircraft dari Kanada untuk membeli 20 pesawat CS100. - Foto Astro AWANI
Kekejaman Zionis: Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang
Menurut pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu, tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 84 yang lain
Mpox: Thailand bukan negara berisiko - JKNK
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand tidak perlu bimbang tentang mpox atau mpox kerana negara tersebut tidak berisiko dengan virus tersebut.
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Mpox boleh menjangkiti semua golongan, bukan hanya LGBTQ
Penyakit MPOX bukan khusus kepada golongan LGBTQ, sebaliknya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan kes dijangkiti.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Pendidikan : Tiga sebab kenapa PBD tidak berkesan di Malaysia - Pakar
Negara dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pendidikan negara.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Menurut Hakim, Dr Syahliza Warnoh, ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Ahli GISBH didakwa di mahkamah atas tuduhan ugutan
Mohamad Riza mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut wanita untuk menarik balik laporan polis, dengan ikat jamin RM10,000 ditetapkan.
Pantau Belanjawan: Selatan Thai lebih memikat, apa nasib pelancongan domestik?
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di Selatan Thailand menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada ekonomi tempatan. Lonjakan ini mencerminkan pola dan pilihan perjalanan yang boleh memberi impak besar kepada strategi dan dasar pelancongan di masa depan. Analisis terhadap fenomena ini dapat memberi ruang dan peluang kepada Malaysia tentang cara memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan sektor pelancongan, serta strategi yang boleh diambil untuk mengadaptasi dan memajukan industri pelancongan negara.
[TERKINI] Banjir Kedah: Penduduk sifatkan bencana luar biasa
Banjir kilat luar biasa melanda kawasan ini, dengan air naik pantas sehingga penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda, hanya fokus menyelamatkan diri.
Syarikat baharu flymojo akan tingkatkan rangkaian penerbangan, saingan
flymojo, peserta baharu dalam industri penerbangan di Malaysia akan membantu meningkatkan rangkaian dan persaingan di udara.