Syariah perlu mengikut konteks dan diterapkan dalam realiti perniagaan, bukannya terhad kepada rangka kerja yang tidak berubah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Beliau berkata, oleh itu adalah wajar untuk memperluaskan visi periferal bagi merangkumkan pertimbangan perniagaan dalam mentafsir dan mengguna pakai prinsip syariah.
"Ini merupakan keperluan, sekiranya kita bercita-cita untuk keluar daripada pemikiran berasaskan pematuhan kepada pandangan dunia berasaskan hasil.
"Berdasarkan semangat ini, BNM sedang mempertingkatkan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah untuk institusi kewangan Islam, yang menyeru supaya Jawatankuasa Syariah mengintegrasikan perniagaan dan pertimbangan risiko yang relevan dalam keputusan syariah," katanya berucap di acara makan malam sempena ulang tahun ke-20 Majlis Penasihat Syariah (SAC) di sini, malam tadi.
BNM menyasar untuk meletakkan jawatankuasa itu sebagai pemboleh dan pemangkin dalam menyokong lembaga pengarah dan pengurusan kanan bagi memacu inovasi menerusi penyediaan nasihat syariah yang praktikal, boleh dilaksanakan dan berkesan.
Sementara itu, Muhammad berkata, pelancaran program Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) dan Pengamal Syariah Bertauliah (CSP) baru-baru ini menunjukkan komitmen BNM dalam membentuk dan menyemai bakat syariah berkualiti tinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Program pensijilan profesional tersebut akan menaikkan tahap industri menerusi peningkatan profesionalism penasihat syariah dan mempertingkatkan kompetensi komuniti itu.
Tambahan pula, beliau berkata, BNM akan menjadikan pensijilan itu sebagai satu prasyarat bagi pelantikan dan pelantikan semula anggota jawatankuasa syariah untuk memastikan penasihat dan kakitangan syariah dilengkapi pengetahuan diperlukan, menjangkaui pelbagai disiplin termasuk perkara undang-undang, kewangan dan pencukaian.
"Matlamat akhir adalah untuk melibatkan dunia secara lebih terbuka. Isu syariah adalah kompleks dan kadang-kala sukar untuk ditentukan, namun ia penting, dan sangat penting kepada pelbagai pihak pemegang kepentingan.
"Dalam mewujudkan contoh untuk memberi inspirasi kepada perubahan, mulai Januari 2018, laman web BNM akan menampilkan versi yang dipertingkatkan dengan laman web mikro SAC, bermula versi bahasa Melayu untuk memberi pendedahan lebih terperinci mengenai peranan SAC," katanya.
Laman mikro itu berfungsi sebagai wadah untuk perbincangan utama mengenai perkara fiqh dan asas alasan penetapan syariah, di samping menggalakkan pemahaman lebih mendalam dan pengukuhan proses pemikiran dan rasional untuk mencapai keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017
MUHAMMAD: Isu syariah adalah kompleks dan kadang-kala sukar untuk ditentukan, namun ia penting, dan sangat penting kepada pelbagai pihak pemegang kepentingan. - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$119.7 bilion (pada 30 Sept, 2024 daripada AS$116.8 bilion pada 30 Ogos lepas.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.