KUALA LUMPUR:CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka strategi digital yang bakal dilancarkan Astro akan membantu pertumbuhan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).
Dalam nota kajiannya, CGS-CIMB menjangka ini akan membantu Astro untuk mendapatkan balik pelanggan dan penonton generasi baharu.
Ini juga menurutnya akan menarik kumpulan pengguna yang tidak pernah melanggan perkhidmatan TV berbayar atau ‘cord-nevers’ dan akan menjadi transformasi signifikan dalam model perniagaannya.
Menurut CGS-CIMB, Astro sebelum ini berdepan cabaran untuk memenuhi strategi pembaharuan digitalnya susulan infrastruktur internet di luar bandar yang tidak mencukupi di dalam negara.
Ia menjangka perkhidmatan penstriman Astro dan rakan penstriman baharu akan bekerjasama pada 2021.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro, Euan Smith dalam panggilan bersama penganalisis sebelum ini dilapor akan mengumumkan rakan kerjasama baharu ‘video-on-demand’ berasaskan langganan (SVOD) dalam dalam beberapa bulan akan datang.
Ia kini mempunyai rakan penstriman termasuk HBO GO Asia dan iQIYI.
CGS-CIMB menjangka strategi perkongsian pendapatan untuk rakan SVOD mampu meningkatkan pendapatan dan pelanggan lebih tinggi berbanding model televisyen berbayar.
Agensi itu mengekalkan saranan ‘ADD’ dengan sasaran harga saham RM1.18.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka strategi digital yang akan dilancarkan Astro akan membantu pertumbuhan Astro Malaysia Holdings Berhad.
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bersama pertahan semangat setiakawan, harmoni pelbagai kaum
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak mempertahankan keharmonian dan semangat setiakawan di negeri ini yang menjadi teladan perpaduan di Malaysia.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES
Gamestation Go juga mempunyai dua port USB-C dan port HDMI, serta mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina.
Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Strategi digital Astro dijangka bantu pertumbuhan, tarik penonton generasi baharu - CGS CIMB
Dalam nota kajiannya, CGS-CIMB menjangka ini akan membantu Astro untuk mendapatkan balik pelanggan dan penonton generasi baharu.
CGS-CIMB saran 'tambah' saham Astro, EPL dijangka kekal hubungan dengan Astro
Menurut laporan kajian "Much Ado About Premflix" terbitan CGS-CIMB Securities, ini terutama selepas aktiviti cetak rompak kandungan yang melemahkan pertumbuhan pasaran penstriman di Malaysia.