Standard Chartered Bank mengekalkan pendirian positif mengenai pasaran komoditi global, terutama bagi emas, minyak dan logam, pada tahun ini.
Pakar Strategi Kanan Pelaburan, Pengurusan Kekayaan Kumpulan Manpreet Gill berkata harga emas dijangka meningkat secara perlahan-lahan tahun ini.
"Pengenalan banyak langkah mengurangkan tekanan oleh bank-bank pusat global telah meningkatkan lagi pembelian emas.
"Kami menjangka permintaan mendapatkan emas mendapat sokongan pada suku pertama tahun ini walau pun pemulihan global dijangka berlaku hanya pada separuh kedua," katanya pada taklimat media mengenai tinjauan pasaran.
Bank itu mengunjurkan harga komoditi yang bernilai itu mencecah RM5771 seauns pada tahun ini, dengan penurunan harga di dalam pasaran dalam tempoh jangka pendek manakala pemacu jangka panjang kekal utuh.
Mengenai minyak, pemulihan ekonomi global dijangka mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah, di tengah-tengah penurunan inventori Amerika Syarikat, yang ditambah oleh pengeluaran yang rendah.
Mengenai logam, kemajuan pemulihan ekonomi global yang diterajui oleh ekonomi kedua terbesar di dunia, China, dijangka menaikkan harga tembaga serta meningkatkan permintaan mendapatkan komoditi itu.
"Harga tembaga kemungkinan meningkat, dengan inventori di Shanghai kekal tinggi tetapi stok global masih rendah," katanya.
Bernama
Fri Jan 11 2013
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
SUKMA 2024: Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menang emas beregu wanita dan lelaki
Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, hari ini.
SUKMA 2024: Negeri Sembilan raih emas tenpin boling selepas 14 tahun
Skuad lelaki Negeri Sembilan melangkah ke podium dengan bergaya apabila menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
SUKMA 2024: Joey Tan pertahan emas recurve wanita
Atlet memanah Sarawak Joey Tan Xing Lei berjaya mempertahankan pingat emas acara 70-meter recurve individu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
MPM sedia jadi pengubat duka rakyat Malaysia di Paris - Megat D. Shahriman
Megat D. Shahriman optimis kontinjen negara mampu mencapai sasaran misi empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.
Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Kem wanita menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23.