KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap HSBC, berkata skim pemisahan sukarela berkenaan ditawarkan kepada segmen tertentu pekerja selaras transformasi teknologi dilaksanakan oleh bank berkenaan.
"HSBC melabur dalam teknologi baharu yang mengubah masa depan perbankan melalui pendigitalan. Transformasi ini akan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam berurusan dengan kami dan melibatkan perubahan pada teknologi, cawangan serta peranan yang dimainkan oleh pekerja ketika ini.
"Kami menawarkan skim pemisahan sukarela kepada segmen tertentu dalam tenaga kerja kami yang boleh mereka pilih, jika penempatan semula tidak boleh dilaksanakan.
"Kami ingin mengulangi bahawa skim ini sukarela dan hanya akan diterapkan kepada pekerja yang memilih untuk menerimanya," katanya.
Mengulas lanjut, katanya HSBC komited untuk menyediakan sokongan peralihan komprehensif termasuk pakej pampasan yang kompetitif dan program latihan semula bagi pekerja yang memilih untuk menerima skim berkenaan.
BACA: NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
Semalam, media melaporkan, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyelar tindakan pemberhentian pekerja oleh HSBC.
Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata syarikat bank antarabangsa itu mengumumkan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan Skim Pemisahan Bersama (MSS) pada 3 Jun lalu, kali ketiga dalam tempoh enam tahun.
Solomon berkata HSBC yang terus merekodkan keuntungan, tidak sewajarnya melaksanakan VSS dan MSS yang dijangka melibatkan sekitar 600 pekerja daripada kumpulan B40 dan M40.
Astro Awani
Mon Jun 07 2021

HSBC berkata skim pemisahan sukarela berkenaan ditawarkan kepada segmen tertentu pekerja selaras transformasi teknologi dilaksanakan oleh bank berkenaan.
Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk memastikan Malaysia terus diiktiraf sebagai destinasi pelaburan serta rakan dagang yang boleh dipercayai kepada pelabur asing dari serata dunia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pencuri kopi meningkat di AS akibat harga biji kopi melambung
Isu ini menjadi topik perbincangan utama dalam persidangan tahunan Persatuan Kopi Kebangsaan AS.

Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka susulan hujan lebat
Tindakan ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan hujan lebat yang melanda Sepanyol baru-baru ini.
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.

Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022
James Cheo berkata ringgit akan mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik.

Firma asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia - HSBC
Lebih 1,500 syarikat dari China, India, AS, Jerman, Perancis dan UK mengambil bahagian dalam kaji selidik bertajuk 'HSBC Navigator: Sea in Focus'.

UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM
Terbitan MTN itu akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun.

Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul
Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik untuk merealisasikan aspirasi Malaysia, terutama ketika ia sedang melalui transformasi dan perubahan besar.

Ringgit bakal pulih apabila ekonomi dijangka bangkit semula daripada kemelesetan berganda - HSBC
Aliran masuk FDI dijangka meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan.

HSBC perkenal Visa Installment
Pengenalan pilihan pembayaran baharu itu adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi pelan pembayaran ansuran di platform e-dagang.

NUBE optimis aduan terhadap HSBC akan terima keputusan positif
Setiausaha Agung Nube, J Solomon menjelaskan pihaknya dan UNI Global Union telah memfailkan aduan secara rasmi terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad kepada UK National Contact Point (UK NCP).

Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC
HSBC menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.

NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.