KUALA LUMPUR: HSBC menjangkakan ringgit akan stabil berbanding dolar Amerika pada separuh kedua 2022 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan berkembang 5.5 peratus tahun ini.
Keyakinan itu diluahkan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Asia Tenggara Global Private Banking and Wealth HSBC, James Cheo, yang berkata ringgit akan mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik.
"Permulaan separuh pertama tahun ini tidak menentu, dan kami percaya ringgit akan stabil untuk bergerak ke arah 4.28 menjelang akhir tahun apabila sentimen pasaran secara global bertambah baik," katanya semasa sidang media Tinjauan Pelaburan HSBC 2H 2022 secara maya, hari ini.
Cheo berkata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5 peratus pada suku pertama 2022 ke tahap sebelum pandemik, dan dengan sekatan yang semakin longgar, peranan swasta telah pulih semula dan pelaburan menjadi stabil, walaupun ia membawa kepada pertumbuhan import mengatasi eksport.
Dalam pada itu, Cheo berkata rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang tentang pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun memahami kebimbangan sebenar lebih tertumpu kepada sama ada negara mampu mengalami pemulihan ekonomi yang kukuh selepas pandemik COVID-19.
"Persoalannya, bagaimana ia akan memberi impak? Adakah ia benar-benar akan mengurangkan penggunaan dalam jangka panjang? Jawapan saya tidak. Ia bergantung kepada kekuatan ekonomi, kenaikan gaji dan prospek jangka panjang keuntungan produktiviti negara, dan saya fikir Malaysia mempunyai pilihan yang baik untuk perkara itu.
"Justeru, rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang tentang GST. Apa yang penting ialah pembukaan semula ekonomi adalah kukuh. Saya fikir faktor itu lebih penting daripada cukai pengguna," jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada Ahad (5 Jun) bahawa kerajaan masih mengkaji kemungkinan memperkenalkan semula GST dan belum membuat keputusan.
Madiha Abdullah
Tue Jun 07 2022
![Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022 Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652597932_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dijangka kembali mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik. - Gambar hiasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705318912_WestportsPortKlang.jpg)
Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.
![Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022 Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652597932_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022
James Cheo berkata ringgit akan mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik.
![Firma asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia - HSBC Firma asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia - HSBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641921108_BukitBintang.jpg)
Firma asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia - HSBC
Lebih 1,500 syarikat dari China, India, AS, Jerman, Perancis dan UK mengambil bahagian dalam kaji selidik bertajuk 'HSBC Navigator: Sea in Focus'.
![UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649724569_MercedesBenzMerce.jpg)
UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM
Terbitan MTN itu akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun.
![Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646634636_HSBC.jpg)
Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul
Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik untuk merealisasikan aspirasi Malaysia, terutama ketika ia sedang melalui transformasi dan perubahan besar.
![Ringgit bakal pulih apabila ekonomi dijangka bangkit semula daripada kemelesetan berganda - HSBC Ringgit bakal pulih apabila ekonomi dijangka bangkit semula daripada kemelesetan berganda - HSBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610517887_TBFredericNeumann.jpg)
Ringgit bakal pulih apabila ekonomi dijangka bangkit semula daripada kemelesetan berganda - HSBC
Aliran masuk FDI dijangka meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan.
![HSBC perkenal Visa Installment HSBC perkenal Visa Installment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633396117_visa.jpg)
HSBC perkenal Visa Installment
Pengenalan pilihan pembayaran baharu itu adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi pelan pembayaran ansuran di platform e-dagang.
![NUBE optimis aduan terhadap HSBC akan terima keputusan positif NUBE optimis aduan terhadap HSBC akan terima keputusan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602392865_JSolomon.jpg)
NUBE optimis aduan terhadap HSBC akan terima keputusan positif
Setiausaha Agung Nube, J Solomon menjelaskan pihaknya dan UNI Global Union telah memfailkan aduan secara rasmi terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad kepada UK National Contact Point (UK NCP).
![Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623055845_hsbclogo.jpg)
Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC
HSBC menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.
![NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622973290_hsbclogo.jpg)
NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.