Kementerian Pengangkutan Singapura (MOTS) pada Jumaat menyatakan bahawa pihaknya ‘terkejut’ dengan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) tentang cadangan mahu menamatkan terminal kereta api berkelajuan tinggi di kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.
Pada bulan Mei, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura telah mengumumkan bahawa terminal di Singapura akan berada di Jurong East, lapor portal berita ChannelNewsAsia.
“Mengikut pemahaman kami, Malaysia melihat premis komersial bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sebagai suatu hubungan terus antara dua pusat bandar raya. Itu yang kami persetujui.
“Namun, dengan menamatkan terminal tersebut di Johor Bahru objektif ini tidak akan tercapai,” kata jurucakap MOTS .
Dalam sebuah temubual dengan The Edge Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohd Kamal telah ditanya mengenai stesen terakhir di Singapura yang menjadi isu.
Menjawab soalan itu, Mohd Nur Ismal berkata, seperti yang dipetik oleh The Edge: “Kami lebih berminat untuk mengakhiri laluan tersebut di kompleks CIQ sedia ada. Walau bagaimanapun, Singapura mahukan ia berakhir di Jurong East.
“Seperti mana kami ingin membangunkan Bandar Malaysia, mereka mahu menggunakan projek ini untuk memacu pembangunan di Jurong East.
“Daripada perspektif kami, dengan mengakhiri laluan tersebut di CIQ, keseluruhan projek ini akan berada dalam sempadan negara kita dan kita akan mempunyai kawalan penuh ke atasnya. Ia lebih dekat dengan Orchard Road berbanding Jurong East.
“Namun tentunya, kita harus mengambil kira pertimbangan ekonomi dan komersial Singapura untuk mencapai satu persetujuan.”
MOTS berkata, pihaknya dan Malaysia masih dalam perbincangan mengenai model komersial dan operasi projek landasan keretapi berkelajuan tinggi.
Singapura telah mencadangkan bahawa perkhidmatan transit domestik, iaitu yang berhenti di enam stesen di Malaysia, akan diselia secara berasingan daripada perkhidmatan ekspres antara Kuala Lumpur dan Singapura.
“Ini yang akan memberikan autonomi kepada Malaysia bagi memenuhi keperluan domestik dan manfaat terhadap negara itu,” ujar Kementerian Pengangkutan Singapura.
Mohd Nur Ismal dilaporkan sebagai berkata: “Oleh kerana stesen tambahan akan memberi kelebihan kepada Malaysia, Singapura tidak begitu tertarik dengan laluan transit tersebut.”
“Bagaimanapun, selain kita mempertimbangkan aspek ekonomi dan komersial Singapura, kita juga harus menjaga kepentingan kita.
“Perlu ada tolak ansur supaya kedua-dua pihak boleh mendapat manfaat daripadanya,” ujarnya yang mengatakan bahawa kos membina enam stesen itu hanya peratusan kecil daripada kos keseluruhan projek.
Astro Awani
Fri Jun 19 2015
Pada bulan Mei, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura telah mengumumkan bahawa terminal di Singapura akan berada di Jurong East. - Gambar fail
Kekejaman Zionis: Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang
Menurut pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu, tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 84 yang lain
Mpox: Thailand bukan negara berisiko - JKNK
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand tidak perlu bimbang tentang mpox atau mpox kerana negara tersebut tidak berisiko dengan virus tersebut.
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Mpox boleh menjangkiti semua golongan, bukan hanya LGBTQ
Penyakit MPOX bukan khusus kepada golongan LGBTQ, sebaliknya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan kes dijangkiti.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Pendidikan : Tiga sebab kenapa PBD tidak berkesan di Malaysia - Pakar
Negara dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pendidikan negara.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Menurut Hakim, Dr Syahliza Warnoh, ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Ahli GISBH didakwa di mahkamah atas tuduhan ugutan
Mohamad Riza mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut wanita untuk menarik balik laporan polis, dengan ikat jamin RM10,000 ditetapkan.
Pantau Belanjawan: Selatan Thai lebih memikat, apa nasib pelancongan domestik?
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di Selatan Thailand menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada ekonomi tempatan. Lonjakan ini mencerminkan pola dan pilihan perjalanan yang boleh memberi impak besar kepada strategi dan dasar pelancongan di masa depan. Analisis terhadap fenomena ini dapat memberi ruang dan peluang kepada Malaysia tentang cara memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan sektor pelancongan, serta strategi yang boleh diambil untuk mengadaptasi dan memajukan industri pelancongan negara.
[TERKINI] Banjir Kedah: Penduduk sifatkan bencana luar biasa
Banjir kilat luar biasa melanda kawasan ini, dengan air naik pantas sehingga penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda, hanya fokus menyelamatkan diri.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.