KUALA LUMPUR: Seramai 2.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah setakat Disember 2021.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 86 peratus berbanding 1.4 juta pencarum pada April 2020.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ini menyebabkan mereka hanya mempunyai RM42 sebulan untuk dibelanjakan dalam tempoh 20 tahun selepas persaraan.
Tambahnya, kira-kira 6.1 juta pencarum berusia kurang 55 tahun, yang mewakili sekitar 50 peratus daripada golongan itu, mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah selepas persaraan.
“6.1 juta daripada pencarum mempunyai simpanan bawah RM10,000. Saya tidak tahu bagaimana untuk hidup dengan RM42 sebulan selama 20 tahun, ini tidak berdaya maju, itulah sebabnya KWSP terus bercakap tentang perkara ini simpanan di bawah RM1,000 untuk 2.6 juta orang.
“Ia naik 68 peratus daripada skim pengeluaran dan itu bukan jumlah yang kecil. Jika anda melihat ahli di bawah umur 55 tahun iaitu kira-kira 12 juta, 6.1 juta bermakna kira-kira separuh daripada keahlian dalam KWSP kini mempunyai (caruman) di bawah RM10,000. Itulah perkara yang membimbangkan," jelas Amir Hamzah, dalam sidang media di ibu negara, pada Rabu.
BACA: KWSP umum dividen 6.10 peratus bagi tahun 2021
Kata Amir, sebelum ini, kira-kira 7.3 juta pencarum KWSP telah memohon atau mengeluarkan simpanan mereka melalui skim i-Lestari, i-Sinar atau i-Citra dari April 2020 hingga Februari 2022.
Pengeluaran ini melibatkan pengeluaran dana kira-kira RM110 bilion.
Pengeluaran simpanan KWSP ketika pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan kadar simpanan asas pencarum merosot kepada kadar 10 tahun yang lepas.
Simpanan asas pencarum aktif jatuh kepada 27 peratus setakat Januari 2022, iaitu kadar sama yang direkodkan pada 2012
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Mar 02 2022
7.3 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu atau ketiga-tiga pengeluaran khas berkaitan COVIDD-19 membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.