SHOPEE hari ini mula memperkenalkan caj tambahan untuk pembelian barangan terhadap pengguna.

Dikenali sebagai “Kos Penghantaran SST”, caj ini dikenakan terhadap pengguna apabila melakukan pembelian di platform e-dagang tersebut.



Pengenalan caj ini pada platform itu adalah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, sehingga semalam, tiada caj sedemikian yang dikenakan oleh platform tersebut.

Shopee dilihat mengimplementasi caj berkenaan selari dengan kenaikan caj SST sebanyak 2% kepada 8% berkuat kuasa hari ini.

Shopee menyatakan caj SST ke atas yuran penghantaran ini dikutip berdasarkan kepada Jumlah Kos Penghantaran selepas ditolak diskaun. -Amanz