KUALA LUMPUR: Capital A Bhd menjangkakan semua pesawatnya akan diselenggarakan dan bersedia untuk beroperasi sepenuhnya menjelang Mac tahun 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
Buat masa ini kapasiti pesawat berada pada 50 peratus daripada 205 pesawat, katanya.
"Kami menjangkakan menjelang akhir tahun ini, kira-kira 180 pesawat akan beroperasi. Sekarang sebanyak 100 pesawat sudah pun melakukan penerbangan.
"Di peringkat domestik, ia hampir mencapai 80 peratus manakala peringkat antarabangsa kira-kira 35 peratus. Pihak syarikat sedang melakukan penyelenggaraan terhadap semua pesawat dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas pelancaran airasia Super App untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada penghantar (pekerja ekonomi gig) di Malaysia.
Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu merekodkan faktor muatan sebanyak 84 peratus pada suku kedua, sama dengan tahap sebelum pandemik, memberi petunjuk bahawa pemulihan perjalanan udara sedang berjalan dengan baik.
Mengenai tambang penerbangan, beliau berkata tambang adalah lebih tinggi berbanding tahap sebelum pandemik berikutan kenaikan harga minyak.
"Harga minyak naik dua kali ganda. Tetapi saya percaya semua harga (tambang penerbangan) mula turun sedikit. Ya, kami ada surcaj ke atas tambang kami kerana kami mengikut harga minyak. Sebelum ini, harga minyak adalah AS$60 (AS$1=RM4.46), kini ia sekitar AS$120. Sebelum ini, ia pada AS$170," katanya.
Mengenai gangguan perjalanan udara akibat permintaan yang lebih tinggi, beliau percaya bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempunyai rancangan yang diurus dengan baik untuk menangani sebarang isu.
"Bagaimanapun, tiada sebarang isu timbul di lapangan terbang, mungkin kerana beratur panjang dan beberapa perkara lain namun ia tidak seperti di Eropah," katanya.
Sementara itu, platform perjalanan dan gaya hidup yang paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App telah menjadi yang pertama di Asia menawarkan penghantar pekerjaan sepenuh masa, ia sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memberikan mereka persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan serta meningkatkan peluang pendapatan untuk mereka.
Semua penghantar airasia food dan airasia xpress akan diambil bekerja sebagai pekerja sepenuh masa, berkuat kuasa serta-merta, menikmati rangkaian penuh manfaat Allstar termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), perlindungan perubatan yang melindungi pasangan (suami/isteri) dan anak mereka, cuti tahunan, menikmati faedah perjalanan seperti skim Penerbangan AirAsia ID90 dan e-kupon.
Ini adalah tambahan kepada pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan, latihan eksklusif penunggang AirAsia serta perlindungan kemalangan peribadi percuma.
Penunggang juga layak memperoleh insentif tambahan berdasarkan prestasi mereka.
"Kami tidak percaya pada kakitangan kontrak dan kini akan melangkah ke arah menggaji semua penunggang sebagai pekerja sepenuh masa, menerima faedah yang sama yang diterima oleh setiap Allstar, selain daripada faedah terbaik daripada airasia food dan airasia xpress," katanya.
"Dengan menjadi pekerja sepenuh masa, mereka adalah sebahagian daripada ekosistem Capital A yang lebih besar, di mana mereka akan mempunyai peluang untuk meneroka dan mengembangkan lagi kerjaya mereka. Daripada pekerja penghantaran, mereka boleh menjadi kru kabin, juruterbang, penganalisis data, pemasar digital, menjadi sebahagian daripada kakitangan pejabat korporat... peluang membina kerjaya terbentang luas," katanya.
Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui halaman ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnlFeRuXnn8JxOyP1yMmtxOFzjA5-P-c5oGejxw_-1Q3SFMA/viewform.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
TONY: Kami menjangkakan menjelang akhir tahun ini, kira-kira 180 pesawat akan beroperasi. - Reuters
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Pemulihan industri penerbangan: Hampir 400,000 perjalanan direkod sejak Januari - MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, angka itu menunjukkan pemulihan penerbangan adalah pada kadar 74.1 peratus.
Anthony Loke terkejut tindakan MYAirline, 125,000 penumpang terjejas
Angka itu diperoleh selepas mendapati syarikat itu telah menjual tiket sehingga Mac akan datang.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup muka dalam penerbangan
Bagaimanapun, penumpang yang ingin memakai pelitup muka semasa dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian.
Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol bahari itu berkuat kuasa serta merta.
Laluan langsung bas dan kapal terbang Kuching-Pontianak dijangka beroperasi tahun ini
Indonesia sedang melihat kebarangkalian untuk mewujudkan laluan secara langsung pengangkutan bas komersial tanpa perlu melakukan transit di pintu sempadan.
Semua pesawat akan bersedia untuk beroperasi menjelang Mac 2023 - Tony Fernandes
Buat masa ini kapasiti pesawat berada pada 50 peratus daripada 205 pesawat.
Tukun kapal terbang pertama ditenggelamkan cipta rekod MBOR
Ia merupakan kapal terbang ringan pertama sebagai tukun bagi membantu pembiakan terumbu dan menjadi tarikan baharu di Pulau Lang Tengah.
Kerajaan perlu tetapkan harga siling tiket penerbangan ke Sarawak
Lukanisman berkata, tiada salahnya jika syarikat penerbangan dapat menurunkan harga terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan COVID-19.
Presiden Afghanistan tinggalkan negara untuk elak pertumpahan darah
Ghani akui berdepan keputusan yang sukar dengan nasib jutaan penduduk Kabul dan keamanan ibu kota itu dipertaruhkan selepas perang yang berlangsung 20 tahun.