KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmatan di Asia dijangka berkembang dan kembali normal pada 2023 selepas dirangsang oleh pembukaan semula sepenuhnya ekonomi China, kata Eastspring Investments (Eastspring).
Pengurus portfolio ekuiti Asia firma itu, Sundeep Bihani berkata Singapura, Thailand dan Vietnam adalah antara negara yang akan mendapat manfaat daripada penyambungan semula sepenuhnya aktiviti ekonomi di rantau ini.
"Sektor perkhidmatan mewakili satu perempat daripada pasaran Asia dan 2023 akan menjadi tahun pertama Asia dibuka semula sepenuhnya, secara keseluruhan kita akan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang serta kembali normal, ini akan mendorong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Apabila semua ini berlaku, kita akan melihat pelbagai bahagian ekonomi serta saham yang berkaitan dengan perjalanan, pengiklanan, makanan dan minuman untuk mendapat manfaat serta mewujudkan pertumbuhan pendapatan," katanya pada webinar prospek pasaran Eastspring 2023.
Sundeep berpendapat pembukaan semula sempadan serta penyambungan aktiviti ekonomi China akan membuka jalan kepada normalisasi dan pertumbuhan sektor perkhidmatan di Asia untuk kembali ke tahap sebelum COVID-19.
Beliau berkata China mempunyai impak besar terhadap ekonomi perkhidmatan di Asia dan peningkatan permintaan perjalanan, berikutan sekatan yang lebih longgar di seluruh Asia, akan membantu pemain dalam industri itu pulih bermula tahun ini.
Sundeep juga menekankan bahawa sektor kewangan juga dijangka pulih daripada mampatan hasil dan penurunan pulangan atas ekuiti disebabkan kadar faedah yang rendah sebelum ini.
"Kadar faedah kini meningkat dan merangsang tekanan positif bagi pendapatan bank, manakala inflasi di Asia masih baik dan seimbang, tidak keluar daripada jajaran normal.
"Selain itu, pelaburan modal di Asia juga mula ketara sekitar usaha penyahkarbonan, manakala kepelbagaian rantaian bekalan dan permintaan modal kerja yang tinggi berikutan kenaikan inflasi akan membantu bank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Pembukaan semula sempadan serta penyambungan aktiviti ekonomi China akan membuka jalan kepada normalisasi dan pertumbuhan sektor perkhidmatan di Asia untuk kembali ke tahap sebelum COVID-19. - Gambar hiasan/AP
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Kelewatan projek, disebabkan masalah pengambilan tanah
Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A Sabah disebabkan masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti di jajaran projek itu yang memakan masa yang sangat lama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
Fokus Minggu Depan: ASEAN25 | Persediaan Malaysia sebagai pengerusi
Ikuti kupasan Timbalan Naib Canselor (Akademik) UUM & Penganalisis Politik & Kajian Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, mengenai persediaan Malaysia untuk mengambilalih sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang akan membuka tirai bermula 8 Oktober.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak menunjukkan penurunan manakala di Kedah meningkat petang ini.
Kelewatan projek Pan Borneo Sabah, disebabkan masalah pengambilan tanah - Ahmad Maslan
Ahmad berkata tindakan pemilik tanah enggan berkerjasama serta membawa isu berkenaan ke mahkamah menyebabkan projek LPB tertangguh.
Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sektor perkhidmatan Asia mula berkembang, kembali normal
Sektor perkhidmatan di Asia dijangka berkembang dan kembali normal pada 2023 selepas dirangsang oleh pembukaan semula sepenuhnya ekonomi China, kata Eastspring Investments (Eastspring).