Sektor perbankan Malaysia telah bersedia menyaksikan pengembangan seterusnya tahun depan untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti seiring dengan negara-negara maju baharu yang lain.

Ketua ekonomi (kerjasama perdagangan dan serantau), Pejabat Integrasi Ekonomi Serantau, Bank Pembangunan Asia, Jayant Menon berkata Myanmar ialah antara pilihan serantau yang baharu untuk bank-bank tempatan mengembangkan sayapnya, selain daripada Kemboja dan Laos.

"Terdapat juga banyak potensi lain untuk bank-bank meningkatkan jualan dan pendapatan mereka di pasaran baharu ini.

"Vietnam juga mempunyai banyak potensi dari segi pertumbuhan masa depan untuk bank-bank Malaysia," kata beliau.

Jayant berkata kepentingan di kalangan bank-bank Malaysia pada masa ini masih rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata, peningkatan boleh berlaku sekiranya aktiviti ekonomi global kembali pulih tahun hadapan.

"Ia akan bergantung kepada bagaimana keadaan ekonomi dunia tahun hadapan.

"Sekiranya situasi zon euro tidak bertambah teruk dan AS terlepas daripada jurang fiskalnya, maka, saya raya prospek akan lebih positif untuk melihat peningkatan dalam pertumbuhan," kata beliau.

Beliau berkata yang pembiayaan perdagangan adalah antara satu lagi bidang penting kerana kelembapan global akan menjejaskan eksport negara.

Jayant berkata perlunya untuk memastikan saluran pembiayaan perdagangan dibuka luas, terutamanya ketika berlakunya kelembapan dalam ekonomi dunia.

Dalam kes yang lebih teruk untuk sektor perbankan, Jayant berkata, ianya ialah pertumbuhan dunia akan menunjukkan kelembapan yang begitu ketara.

"Sebenarnya, sektor kewangan Malaysia tidak lagi begitu berkait dengan bank-bank Eropah ataupun AS, jadi, saluran kewangan tidak menjadi masalah, dari segi berhadapan dengan kesan sebarang potensi krisis seberang laut," kata beliau.

Sementara itu, ketua ekonomi RAM Holdings' Group, Dr Yeah Kim Leng, meramalkan yang sektor perbankan tempatan kekal stabil tahun depan memandangkan ia telah mengalihkan fokusnya daripada peminjaman kepada pengguna.

"Bank-bank tempatan telah memberikan fokus yang lebih kepada perusahaan kecil dan sederhana dan lain-lain aktiviti pendapatan bukan faedah," kata beliau.

Beliau berkata RAM mengunjurkan kadar peminjaman Malaysia ialah antara 8-10 peratus.