KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan Malaysia terus berkembang pada suku kedua 2023, mencatatkan peningkatan sebanyak 8.1 peratus dengan nilai kerja pembinaan berjumlah RM32.4 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu terus disokong oleh pertumbuhan dua digit dalam kejuruteraan awam dengan pertumbuhan sebanyak 10.4 peratus pada suku ini (Suku Pertama 2023: 17.2 peratus).
"Pada masa yang sama, subsektor aktiviti perdagangan khas mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada suku ini sebanyak 9.8 peratus berbanding 9.0 peratus dalam suku sebelumnya manakala bangunan bukan kediaman meningkat secara sederhana sebanyak 5.7 peratus (Suku Pertama 2023: 9.6 peratus).
"Selain itu, nilai kerja pembinaan dalam subsektor bangunan kediaman pulih semula kepada 6.9 peratus daripada negatif 2.2 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya." katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu.
"Sebanyak RM12.1 bilion atau 37.4 peratus daripada nilai kerja pembinaan disumbang oleh kejuruteraan awam terutamanya oleh aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api dengan nilai sebanyak RM6.5 bilion pada suku ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata nilai kerja pembinaan bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing berjumlah RM9.9 bilion (30.7 peratus) dan RM7.3 bilion (22.7 peratus).
Bagi prestasi sektor pembinaan mengikut negeri, beliau berkata hampir satu per empat atau 23.3 peratus daripada nilai kerja pembinaan pada suku kedua 2023 tertumpu di Selangor yang berjumlah RM7.5 bilion.
Nilai kerja pembinaan yang tertinggi di Selangor adalah kejuruteraan awam (RM2.4 bilion), diikuti oleh bangunan kediaman (RM2.3 bilion) dan bangunan bukan kediaman (RM2.1 bilion).
Dalam pada itu, Johor yang berada di tempat kedua dengan nilai sebanyak RM3.8 bilion atau dengan sumbangan 11.9 peratus, disokong kebanyakannya oleh subsektor bangunan bukan kediaman (RM1.4 bilion) dan kejuruteraan awam (RM1.3 bilion).
Nilai kerja pembinaan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak sebanyak RM3.7 bilion (11.5 peratus) dan Sarawak dengan RM3.4 bilion (10.5 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
MOHD UZIR: Nilai kerja pembinaan dalam subsektor bangunan kediaman pulih semula kepada 6.9 peratus daripada negatif 2.2 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya. - Gambar fail/Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Jangka hayat bayi lahir pada 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun - DOSM
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus
Mohd Uzir menyatakan bahawa inflasi restoran & perkhidmatan penginapan mereda kepada 3.2 peratus (Julai 2024: 3.4 peratus).
Banci Pertanian 2024: 72,103 kediaman di Kelantan selesai dibanci - DOSM
Bancian dilaksanakan secara menyeluruh meliputi masyarakat Orang Asli di Kelantan dan Pahang serta komuniti pribumi di Borneo.
Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan
Banci Pertanian 2024 membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
Lebih 64 juta pelancong domestik direkodkan pada suku kedua tahun ini
Seramai 64.8 juta pelawat domestik direkodkan bagi suku kedua 2024, meningkat 23.8 peratus berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
DOSM bakal tubuh Pusat Analitik Data Raya, rapatkan jurang data sektor awam dan swasta
Ia seiring dengan tema Persidangan Statistik Malaysia ke-11 iaitu Data dan Kecerdasan Buatan Memperkasa Masa Depan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
DOSM lancar MyAgeing Dashboard
DOSM lancar MyAgeing Dashboard yang membentangkan visualisasi data interaktif dan maklumat berkaitan statistik penduduk, penuaan dan jangka hayat.
11 daerah dikenal pasti sebagai daerah menua - DOSM
11 daerah dikenal pasti sebagai daerah menua iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.0 peratus.
Lebih 620,000 pegangan pertanian dibanci seluruh negara
Banci Pertanian 2024 telah bermula sejak 7 Julai 2024 dan akan diteruskan sehingga 10 Oktober 2024, bagi memberikan gambaran terkini keadaan sektor pertanian Malaysia secara menyeluruh.