Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.
Menurut Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation (CGC), Mohd Zamree Mohd Ishak, antaranya adalah projek pembinaan jalan raya Pan Borneo dan projek MRT laluan kedua.
Katanya, projek yang bernilai berbilion ringgit itu akan membantu pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat sebagai vendor.
"Sektor yang paling terjejas (dalam situasi ekonomi yang tidak menentu) ialah sektor pembinaan tetapi kami kekal optimis dengan pertumbuhan sektor tersebut.
"Ini kerana terdapat beberapa projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan seperti jalan raya Pan Borneo, Kompleks Petroleum Pengerang di Johor, hab pembangunan halal dan juga laluan kedua MRT," kata Zamree.
Menurut Zamree, PKS memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh itu, katanya CGC bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad dalam menyediakan pembiayaan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu melalui produk Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL).
"Dengan ini, kami berharap dapat memainkan peranan kami dalam menyokong aspirasi negara bagi PKS untuk menyumbang 41 peratus dalam KDNK negara menjelang 2020," kata Zamree.
ECL kini menyediakan pembiayaan bernilai RM1 bilion bagi memanfaatkan lebih banyak PKS dari semua sektor.
Ini merupakan peningkatan RM750 juta berbanding pembiayaan RM250 juta tahun lepas.
Pada 2015, ECL memanfaatkan lebih 400 PKS dengan purata pinjaman antara RM350 ribu hingga RM500 ribu.
"Apa yang penting ialah seperti yang dikatakan Zamree tadi, kadar pertumbuhan PKS lebih pantas daripada kadar pertumbuhan negara.
"Oleh itu, PKS menjadi fokus utama kami dari segi sumbangan kepada KDNK dan juga sumbangan kepada tenaga kerja negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB, Renzo Viegas
Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, pada 2015 PKS menyumbang kepasa 36 peratus pendapatan negara dan 65 peratus tenaga kerja.
Ia turut menyumbang kepada 18 peratus eksport negara.
Pritha Manivannan
Mon May 23 2016
![Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464002542_Cgccimbmou.jpg)
CIMB Bank Berhad menandatangani MOU bersama CGC untuk meningkatkan pembiayaan produk ECL - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun 360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657032515_MohdZamreeMohdIsh.jpg)
360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.
![CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654042730_TBAZADDINNGAH.jpg)
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
![Pengambilalihan tidak jejaskan penarafan Bank Pembangunan, Danajamin - RAM Pengambilalihan tidak jejaskan penarafan Bank Pembangunan, Danajamin - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71581373815_TBBankPembangunan.jpg)
Pengambilalihan tidak jejaskan penarafan Bank Pembangunan, Danajamin - RAM
Pengambilalihan Danajamin Nasional Bhd. oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd. membolehkan entiti yang diperbesarkan mempunyai impak pasaran yang lebih baik
![Kerjasama CIMB-CGC bantu pembangunan PKS Kerjasama CIMB-CGC bantu pembangunan PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556533602_CIMBCGC.jpg)
Kerjasama CIMB-CGC bantu pembangunan PKS
CGC menyasarkan untuk membantu pengusaha PKS yang ingin mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan kredit tersebut.
![Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464002542_Cgccimbmou.jpg)
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.
![RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016 RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457519332_RHBCGC.jpg)
RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016
RHB Banking Group (RHB) menyasarkan pertumbuhan dua digit bagi pinjaman segmen Perniagaan Kecil Sederhana (PKS).
![CGC sedia RM400 juta pembiayaan perniagaan untuk PKS CGC sedia RM400 juta pembiayaan perniagaan untuk PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371774308_295x200.jpg)
CGC sedia RM400 juta pembiayaan perniagaan untuk PKS
Jaminan berkenaan akan membantu mengurangkan risiko, meningkatkan kapasiti pinjaman dan sesuai bagi pembangunan perniagaan pembiayaan PKS tidak bercagar di Malaysia.