Kerajaan kini beralih kepada sektor korporat sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara berikutan kekangan ruang dasar yang terhad serta jangkaan kelembapan dalam perbelanjaan swasta, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, ini menyamai keadaan pada tahun 2008 dan tahun 2009 apabila kerajaan memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi selaras matlamat negara untuk mengurangkan defisit fiskal dan paras hutangnya.
"Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kita yang berkembang dan dipertingkatkan oleh Program Transformasi GLC kini berada pada kedudukan yang baik untuk mengemudi pertumbuhan ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup Forum Megatrend Khazanah 2015, di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggesa kalangan GLC atas semangat memperluaskan lagi mandat pembangunan negara, untuk meningkatkan lagi pelaburan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi bagi memacu pertumbuhan Malaysia.
"Ini penting kerana mereka turut terdedah kepada saingan, sama yang diketahui atau tidak. Syarikat korporat ini memiliki keupayaan itu dan saya hanya mahukan mereka memainkan peranan masing-masing," katanya.
Najib turut menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi masa depan ekonomi negara.
Jelasnya, hanya menerusi usaha memantapkan sistem pendidikan bagi peringkat prasekolah rendah sehingga institusi pengajian tinggi, akan membolehkan negara membangunkan modal insan yang penting bagi pembentukan pengetahuan serta kegiatan R&D berteraskan penjanaan nilai.
"Tiada yang lebih penting daripada melabur bagi membentuk pemikiran masa depan kita. Sistem pendidikan kita juga perlu sentiasa berkembang," katanya.
Sehubungan itu, tegas Najib, tumpuan perlu diberikan terhadap subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik selain menyemai kepentingan menguasai kemahiran berbahasa Inggeris.
"Keperluan untuk fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah utama. Saya sendiri berasakan yang kita masih belum mencapainya. Kita perlu berusaha lebih gigih supaya tahap penguasaan itu dapat dipertingkatkan secara lebih meluas lagi," katanya.
Menyentuh inovasi, Perdana Menteri berkata, ia dicetuskan oleh impian dan keyakinan manakala keberanian mengambil risiko serta kreativiti juga penting dalam ekonomi yang berpaksikan inovasi.
Bernama
Tue Oct 06 2015
Najib menggesa kalangan GLC atas semangat memperluaskan lagi mandat pembangunan negara, untuk meningkatkan lagi pelaburan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi. - Foto Bernama
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar
Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi antara calon politik atau bukan, dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah GLIC dan GLC.
Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat GLC bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik.
2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.