KUALA LUMPUR: Scomi Group Bhd (SGB) memperluaskan portfolio perkhidmatan untuk industri rel melalui perjanjian usaha sama (JV) yang ditandatangani dengan pakar dalam landasan kereta api dan infrastruktur rel serta kontraktor penyelenggaraan, RC Asia Engineering Sdn Bhd (RCA).
Dalam kenyataan semalam, SGB berkata RCA mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam menyediakan perkhidmatan untuk rel konvensional serta projek transit bandar di Malaysia dalam bidang kerja-kerja landasan, kabel dan isyarat serta kejuruteraan awam dan struktur.
SGB yakin JV dengan RCA akan mengembangkan portfolio produknya, justeru itu, kumpulan akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang luas kepada industri.
"Kedua-dua pihak akan dapat menggunakan kemahiran, kepakaran, pengalaman dan keupayaan masing-masing untuk membida tender bagi pembinaan stesen kereta api, kerja-kerja landasan, isyarat, pemasangan peralatan dan pengoperasian selain menyediakan perkhidmatan kejuruteraan awam dan struktur.
"JV ini meneruskan strategi SGB dalam mencari pakatan strategik dalam perniagaan yang akan menawarkan potensi pertumbuhan syarikat ke arah keuntungan yang mampan," katanya.
Walaupun menghadapi situasi yang mencabar akibat pandemik global, SGB berkata ia terus memberi tumpuan kepada strateginya untuk meningkatkan syarikat.
"Dengan peningkatan penawarannya, syarikat dalam usaha sebagai rakan kejuruteraan keusahawanan dan teknologi dengan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan daripada kejuruteraan, reka bentuk, binaan dan pengoperasian kepada penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih untuk pelbagai segmen industri pengangkutan rel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Kedua-dua SGB dan RCA akan dapat menggunakan kemahiran, kepakaran, pengalaman dan keupayaan masing-masing untuk membida tender bagi pembinaan stesen kereta api. = Foto scomigroup.com.my
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
SARA akan dikredit ke dalam Mykad bagi bulan Januari hingga Mac
Menteri Kewangan 2, Amir Hamzah berkata, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam Mykad pengguna bagi bulan Januari hingga Mac.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Kerajaan eratkan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan berusaha untuk mengeratkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan AS supaya tidak dikenakan kenaikan kadar tarif seperti China, Kanada dan Mexico.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Scomi bekerjasama dengan Odesi, LPHS teroka potensi RSPS
Ia menyaksikan ketiga-tiga pihak memeterai MoU untuk meneroka potensi sistem solar photovoltaic di atas bumbung (RSPS).
Scomi Group perluas portfolio perkhidmatan rel melalui JV
RCA berpengalaman lebih 25 tahun dalam menyediakan perkhidmatan untuk rel konvensional serta projek transit bandar di Malaysia.
Scomi Group buat pelan pemulihan perniagaan monorel
Scomi Group menjelaskan langkah korporat ini dirumuskan untuk pemulihan dan pemuliharaan perniagaan monorel kumpulan.