KUALA LUMPUR: Scomi Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Scomi Capital Sdn Bhd bekerjasama dengan Odesi Ecob Sdn Bhd dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam hartanah strata yang diuruskan LPHS.
Ia menyaksikan ketiga-tiga pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka potensi sistem solar photovoltaic di atas bumbung (RSPS), menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Menerusi kerjasama itu, Program Dana Hayat dan Bangunan Hijau akan dilancarkan yang mana LPHD dan Odesi akan bekerjasama memasarkan RSPS kepada hampir 6,000 pangsapuri di Selangor dan juga menerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Badan Pengurusan Bersama.
"Untuk menyertai program ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Badan Pengurusan Bersama pangsapuri terbabit tidak perlu membuat sebarang bayaran pendahuluan.
"Program ini secara dasarnya, akan dilaksanakan di bawah konsep Bina, Operasi dan Pemindahan (BOT)," katanya.
MoU itu bertujuan untuk menyediakan kerangka kerjasama dengan memudahkan kerjasama antara pihak terlibat.
Ia akan berkuat kuasa bagi tempoh selama 3 tahun bermula dari tarikh ditandatangani dan selepas itu, akan dilanjutkan bagi tempoh 2 tahun, melainkan terdapat keputusan yang dibuat pihak berkaitan.
Menurut Scomi, MoU tersebut tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan utama kumpulan.
"Pada masa ini, ia tidak dijangka memberi kesan material kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan gearan Scomi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Feb 08 2022
Scomi Capital bekerjasama dengan Odesi Ecob dan LPHS untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam hartanah strata yang diuruskan LPHS. -Dagang News
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Tiga selebriti tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Scomi bekerjasama dengan Odesi, LPHS teroka potensi RSPS
Ia menyaksikan ketiga-tiga pihak memeterai MoU untuk meneroka potensi sistem solar photovoltaic di atas bumbung (RSPS).
Scomi Group perluas portfolio perkhidmatan rel melalui JV
RCA berpengalaman lebih 25 tahun dalam menyediakan perkhidmatan untuk rel konvensional serta projek transit bandar di Malaysia.
Scomi Group buat pelan pemulihan perniagaan monorel
Scomi Group menjelaskan langkah korporat ini dirumuskan untuk pemulihan dan pemuliharaan perniagaan monorel kumpulan.