KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan RM50 bilion menerusi Strategi Pelaburan Digital Future5 (DIF5) yang menumpukan kepada lima teras utama untuk menarik pelaburan dan memajukan ekonomi selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Pelan strategik lima tahun sejajar dengan objektif MyDIGITAL itu dijangka mampu menarik pelaburan sehingga RM70 bilion menjelang 2025 serta dirangka berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Jenama MDEC, Raymond Siva berkata, keyakinan para pelabur domestik dan luar negara akan membantu negara mencapai hasrat sebagai Nadi Digital ASEAN.
Ujarnya, Strategi DIF5 selain pelaburan bernilai RM50 bilion adalah mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam industri digital, menarik 50 syarikat teknologi Fortune 500 termasuk membolehkan lima syarikat unikorn global beroperasi di negara ini.
“Sasaran kami ialah pelabur yang sedia ada di Malaysia agar mereka yakin bahawa negara ini tempat yang paling sesuai untuk meluaskan perniagaan mereka termasuk para pelabur dari ASEAN dan global seperti China, India, Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah, ini yang penting.
“Kedua, sasaran kami adalah untuk para syarikat pemula dan penyelidik untuk mereka mempunyai syarikat di Malaysia dan menggunakan Malaysia sebagai tempat yang paling sesuai untuk berkembang di ASEAN,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, Raymond menambah, lima sektor industri utama, lima teknologi utama, lima teknologi baharu dan perkhidmatan perniagaan global digital muncul akan diberikan fokus bagi memacu ekonomi digital negara ke arah lebih tinggi.
“Industri yang menjadi pemacu ekonomi adalah Teknologi Agrikultur, Teknologi Kesihatan, Ekonomi Digital Islam dan Teknologi Kewangan, Teknologi Pendidikan dan CleanTech (Teknologi Bersih).
“Teknologi utama yang dimaksudkan termasuklah blockchain, dron, edge computing, extended reality dan robotik termaju.
“Selain itu, lima teknologi fokus penting untuk memudahkan pertumbuhan sektor-sektor ini termasuk cloud computing, pusat data, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan peralatan kandungan digital,” katanya.
Sementara itu, Malaysia Tech Month 2021 (MTM21) yang berlangsung secara maya pada 29 Julai hingga 30 Ogos ini menampilkan pelbagai acara dan tetamu jemputan.
“Kami telah mulakan MTM21 dengan acara pemula pada akhir bulan Julai sebagai tanda 25 tahun MDEC dan Koridor Raya Multimedia (MSC), iaitu minggu pertama adalah Digital Investment Week untuk menunjukkan kepada seluruh dunia peluang pelaburan dalam industri digital di Malaysia dan telah mendapat sambutan yang cukup baik.
“Minggu kedua pula fokus kepada Adoption, untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tentang cara mereka menerapkan digital dalam perniagaan bagi menangani COVID-19 dan cara keluar daripada tempoh ini dengan lebih kuat.
"Minggu kedepannya akan fokus kepada bakat digital, iaitu kemahiran diperlukan kini dan minggu terakhir pada hujung bulan Ogos, fokus kepada kandungan digital kreatif seperti animasi, e-permainan dan syarikat pemula,” ujarnya.
Tambahnya lagi, para tetamu jemputan terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam industri sama ada dalam negara mahupun antarabangsa.
“Antara speaker yang kita jemput ialah ahli fizik teori, Profesor Dr Michio Kaku; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes; Pengasas bersama dan ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng.
“Selain itu, kita ada juga Datuk Jovian Mandagie, speaker dari Gojek dan Bukalapak Indonesia. Barisan ini bukan sahaja dari Malaysia, ASEAN, malahan global dan menunjukkan keyakinan mereka dalam ekonomi digital di Malaysia,” ujarnya lagi.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Fri Aug 13 2021
Raymond berkata, Strategi DIF5 selain pelaburan bernilai RM50 bilion, mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan, menarik 50 syarikat teknologi Fortune 500 termasuk membolehkan lima syarikat unikorn global beroperasi di negara ini. - Foto MDEC
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.